suria

‘Rider dari neraka’! Sempat mengganas atas jalan, lelaki ‘belasah’ wanita bawa budak… Apalah nasib akak tu nanti?

Rakaman tular ini turut mengundang kemarahan netizen di media sosial.

RAKAMAN dashcam sebuah kereta yang memaparkan seorang wanita disiku seorang lelaki tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, wanita berkenaan bersama seorang kanak-kanak sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki, dipercayai suaminya.

Tidak diketahui puncanya, penunggang motosikal tersebut secara tiba-tiba menyiku wanita itu sebanyak dua kali ketika kenderaan sedang bergerak laju di jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh sambung bayar duit kereta, nafkah makan pun tak bagi... Isteri nekad tuntut cerai, angan-angan bercinta lepas kahwin lebur!

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau isteri sakiti suami... boleh jatuh nusyuz dan dosa besar!

Menerusi maklumat yang terpapar pada rakaman, kejadian itu dipercayai berlaku pada Sabtu lalu.

Sehingga kini, klip rakaman yang tersebar meluas di Facebook dan Twitter meraih ratusan ribu tontonan sehingga mengundang kecaman netizen.

"Dua kali dia siku perempuan tu dekat atas motor. Ada budak kecil lagi. Kesian perempuan yang dapat laki tak guna macam ni," tulis pengendali akaun @TravelJimat yang memuat naik video itu di Twitter.

Bersimpati dengan nasib wanita itu, rata-rata netizen turut meluahkan kemarahan mereka atas tindakan kasar lelaki berkenaan.

siku3

Antara komen netizen di Twitter.

Di ruangan balas, netizen turut menggesa agar kes tersebut disiasat sehingga wanita itu mendapat pembelaan sewajarnya.

"Atas motor pun dia buat macam tu, dengan ada budak lagi. Apalah nasib akak tu sampai destinasi nanti. Puasa puasa pun baran, ni bukan hasutan syaitan tapi jantan tu yang syaitan.

Isteri adalah anugerah, bukan barang dagangan. Kasih kepada isteri, Insya-Allah bahagia ke akhirat.

NETIZEN

"Allahu, kasihannya. Nak pilih laki elok tengok cara dia layan mak dan adik-beradik perempuan dia. Bila dah naik tangan depan budak maknanya dia memang jenis tak pandai kawal marah. Baik berhati-hati dengan orang macam ni.

"Sesetengah isteri ada je yang sanggup tahan dengan suami dia walaupun perangai macam syaitan sebab fikir anak anak lepas tu mulut keluarga. Tapi sedarlah sebenarnya perempuan pun ada hak. Lelaki tak guna macam ni jadi suami pun gagal, lagi nak jadi ayah.

"Suami yang zalim seperti ini perlu didoakan beramai-ramai agar diberi hidayah dan insaf untuk kembali ke pangkal jalan. Isteri adalah anugerah, bukan barang dagangan. Kasih kepada isteri, Insya-Allah bahagia ke akhirat," tulis beberapa netizen.

siku5

Selain Twitter, rakaman ini turut tular di Facebook.

Menurut portal rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mangsa keganasan rumah tangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke balai polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berhampiran.

Selain itu, mangsa juga boleh menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040 atau merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain