suria

Kerja ‘baik pulih’ berjaya! Kek kahwin nyaris runtuh, majlis kurang 24 jam... bekas arkitek kembalikan senyuman bakal pengantin

Hanis (gambar kecil) menerima pujian ramai selepas menjadi 'penyelamat' kepada pengantin berkenaan.

LAIN yang diminta, lain pula yang diterima.

Begitulah kisah seorang pengantin yang terkedu melihat keadaan kek perkahwinannya yang tidak mencapai kualiti diharapkan.

Ketika majlis berbaki kurang 24 jam, pengantin perempuan itu terpaksa meminta bantuan seorang pengusaha kek di Shah Alam, Selangor untuk menyelamatkan majlis hari bahagianya.

Kisah malang itu diceritakan semula oleh pengusaha bakeri, Nur Hanis Mohd Hashim selepas video mengenai kejadian itu tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

"Pengantin datang pada 30 Julai dalam pukul 3 petang, dia kahwin 31 Julai. Mula-mula dia tunjuk gambar kek yang rosak, kemudian dia ambil kek yang diletakkan dalam kereta. Saya tengok depan-depan sangat teruk.

"Saya tak sampai hati. Dia order kek di Sabak Bernam. Jauh dia nak patah balik, risiko lagi bawa kek dalam perjalanan jauh. Jadi dia tak ada option, dia cari kedai kek berdekatan rumahnya. Sebab itu dia bawa ke kedai saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih kek, tinggalkan pesakit! Lelaki ini kagum dengan diri sendiri selepas lebih 6 tahun belajar di Rusia, tidak lagi bergelar doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja bank, jual brownies! Pemuda ini mampu buka kedai kek walau cuma belajar di YouTube, sekali pergi kelas asas

"Sejujurnya banyak nak kena repair. Kena start balik macam kek baharu. Coating lapisan luar tak kemas langsung, nampak cincai cara ia dibuat. Lepas tu, serbuk kek pun melekat sampai nampak bintik-bintik. Dalam kek pun tak betul asasnya, tak kuat untuk kek dua tingkat.

"Jadi saya terus baiki, ambil masa dalam tiga ke empat jam. Malam tu dalam 9.30 malam dia datang ambil. Alhamdulillah saya tumpang gembira untuk pengantin. Saya pun dah kahwin, jadi saya faham, dia mesti nak yang terbaik untuk majlis perkahwinannya," ujarnya yang senang disapa Hanis.

kek 5

Video yang dikongsi Hanis menerima pujian ramai di TikTok.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi video transformasi kek yang dibaiki olehnya menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 840,000 tontonan.

Rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah dan memuji kepakaran Hanis sehingga berjaya menjadi 'hero' dalam hari bersejarah pengantin wanita itu.

kek 2

Hanis sebelum ini pernah bekerja sebagai arkitek.

Menurut Hanis yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, dia bersyukur video berkenaan menerima sambutan positif, sekali gus dapat membantu memperkenalkan lagi perniagaannya kepada orang luar.

"Alhamdulillah, mana-mana peniaga pasti mengharapkan yang terbaik untuk apa yang diusahakan mereka. Kalau Allah dah permudah dengan cara ini, maka saya terima. Selepas video itu viral, ada juga yang WhatsApp saya untuk minta buat kek kahwin.

Saya sempat bekerja sebagai arkitek selama setahun, kemudian saya kerja sebagai pereka grafik selama dua tahun.

HANIS

"Saya sebenarnya jarang buat kek kahwin, kepakaran saya ialah kek kanak-kanak. Tapi InsyaAllah saya akan cuba kalau ada permintaan. Terima kasih kepada semua yang beri respon positif kepada video saya di TikTok," ujarnya yang membuka perniagaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Bercerita mengenai dirinya, Hanis merupakan graduan Ijazah Seni Bina Landskap dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah berkecimpung dalam dunia rekaan grafik sebelum bergelar pembuat kek.

kek 4

Hanis bermula sebagai home-baker sebelum membuka kedai pada tahun 2020.

Menurut Hanis, dia tidak pernah menyesal menukar bidang kerja, sebaliknya menganggap semua ilmu yang dikutip selama ini ada manfaatnya dalam bisnes yang dijalankan sekarang.

"Sejujurnya saya tak pernah pegang spatula. Saya dulu belajar bidang seni bina. Saya sempat bekerja sebagai arkitek selama setahun, kemudian saya kerja sebagai pereka grafik selama dua tahun.

"Saya berhenti kerja selepas bersalin. Saya duduk rumah dan mula buat kek. Saya tak pernah ikuti mana-mana kelas, saya belajar sendiri saja dengan rujukan internet. Walaupun dah lari bidang, semua ilmu yang dipelajari sebelum ini masih bermanfaat.

kek 3

Hanis bersama suami dan anaknya.

"Kaitan paling dekat tentunya berkaitan seni. Contohnya topik proportion, dengan skala sesuatu benda, macam skala bangunan dan manusia, saya apply juga dalam hiasan kek. Jadi semua ilmu yang belajar dulu tak sia-sia.

"Ada juga terlintas rindu kerja lama, tapi saya fikir rezeki jadi suri rumah kemudian tiba-tiba minat buat kek. Saya juga suka berniaga sejak zamam belajar. Dulu berniaga mi segera, baju dan nasi lemak. Selepas empat tahun jadi home-baker, saya akhirnya buka kedai sekitar Mac 2020," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain