suria

Berhenti kerja bank, jual brownies! Pemuda ini mampu buka kedai kek walau cuma belajar di YouTube, sekali pergi kelas asas - “Baju raya pun tak beli”

Shafli mengakui tahun pertama dalam dunia bisnes adalah cukup mencabar.

KELIHATAN penuh bersahaja, bagaimanapun prosesnya mungkin tidak semudah yang disangka.

Namun, mata netizen nyata terpaku tatkala menonton video jejaka ini membuat dekorasi pelbagai jenis kek menerusi aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Mohd Shafli Jaafar Sidek, 30, mendedahkan permulaannya menceburi bidang itu berlaku secara kebetulan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih kek, tinggalkan pesakit! Lelaki ini kagum dengan diri sendiri selepas lebih 6 tahun belajar di Rusia, tidak lagi bergelar doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak salah alamat! Pembuat kek jelita dah tak risau dengan PKPB, pergi balai polis pun dah ‘meriah’ order - “Saya nak tanya betul-betul”

"Sebenarnya saya ni bidan terjun. Sebelum ini saya bekerja di sebuah bank. Tapi waktu kerja sangat padat. Jadi saya tukar kerja selepas lapan bulan berkhidmat dengan bank.

"Kemudian saya menjadi pengurus cawangan di sebuah syarikat swasta. Saya ada banyak waktu senggang ketika itu.

"Untuk isi masa lapang dan cari pendapatan sampingan, saya bermula dengan buat brownies saja.

"Pada awalnya hanya rakan-rakan dan saudara saja yang tempah," ujarnya mengimbas semula perjalanan sebagai pembuat kek.

Antara kek yang pernah dihasilkannya.

Mesra disapa Shafli, dia mendedahkan dirinya tak menang tangan menerima tempahan sehingga nekad berhenti kerja dan membuka sebuah kedai kek di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2018 bersama seorang rakan kongsi dikenali sebagai Abdul Malik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bermula dengan brownies saja, lepas tu ada macam-macam permintaan lain dan saya cuba explore. Saya hanya belajar di YouTube, pergi kelas asas buat kek sekali saja.

Bila dah mula bisnes, banyak benda nak kena catu.

SHAFLI

"Tak sangka ramai suka air tangan saya, sampai tak boleh handle, order banyak. Jadi saya buat keputusan berhenti kerja dan buka kedai.

"Selain kek, kami juga tawarkan khidmat untuk set up parti dan surprise planner. Kiranya sekarang dah tiga tahun buka kedai," ujarnya.

Kata Shafli, bukan mudah untuk dia mengubah haluan kerjaya, malah tahun pertama dalam dunia bisnes disifatkan cukup mencabar buat dirinya.

"Peringkat awal bisnes, tahun pertama, memang terasa macam nak give up. Rasa menyesal, sebab dah terbiasa, rutin memang akan masuk fix income.

Shafli (kanan) bersama rakan kongsinya, Abdul Malik (kiri).

"Bila dah mula bisnes, banyak benda nak kena catu. Sebab fikir nak extend kedai, tambah pekerja, jadi banyak nak kena menabung.

"Sampaikan masa tu, baju raya pun tak beli. Itulah antara cabaran dan pengorbanan yang dilalui," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Dalam pada itu, video Shafli membuat dekorasi kek kumpulan K-Pop Blackpink serta kek watak adiwira Spider-Man turut tular di TikTok.

Ujarnya, dia sudah lama mempunyai akaun TikTok, namun baru sahaja aktif menghasilkan konten video.

Tambahnya, penangan tular turut membuka pintu rezeki buatnya apabila dia turut menerima pelanggan baharu menerusi TikTok.

Untuk rekod, Shafli memiliki lebih 40,000 pengikut di TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain