suria

Pasangan bawa bayi sakit ke hospital cuba larikan diri tak mampu bayar ubat, saksi kejadian terkejut tindakan staf farmasi! - “Dia tunjuk kad, mereka tak terima”

Kisah wanita ini yang tidak mempunyai wang untuk membayar ubat anaknya meruntun hati netizen di Twitter.

SABAN hari, kita disajikan dengan pelbagai kisah sedih mengenai kesusahan dan penderitaan rakyat negara ini.

Terbaharu, tular pula kisah seorang wanita yang tidak mampu untuk membayar harga ubat-ubatan bayinya.

Menurut saksi kejadian, Maidatul Baharuddin, 34, kejadian berlaku ketika dia membawa bapanya, Baharuddin Muda, 57, menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu, pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan menangis tengok wang simpanan... pernah susah jual nasi lemak, buat 3 kerja serentak - “Sekeluarga berdoa setiap kali hujan”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lihat peniaga basah kuyup tiap petang, jejaka plan kejutan... apa yang dibuatnya bawa duit ‘berkepuk-kepuk’ ke bazar Ramadan?

"Saya pergi klinik sebab ayah sakit batu karang. Masa tu dalam pukul 10 malam. Masa tunggu ayah, saya dengar perbualan seorang wanita dengan petugas di sana.

"Saya dengar harga ubat tu dalam RM60 lebih. Dia tunjuk sekeping kad, tapi akak farmasi tu kata mereka tak terima kad tersebut. Saya difahamkan ia merupakan kad bantuan.

"Saya tengok wanita tu pandang suami dia yang sedang dukung bayi mereka kat belakang. Kemudian akak tu kata dia tak nak ubat, sebab tak ada duit.

"Dia macam dah nak lari, tapi akak farmasi tu panggil. Akak farmasi kata dia tolong bayarkan ubat tu. Tak henti-henti dia cakap terima kasih," imbasnya.

Maidatul (kanan) mengakui sedih mengenangkan nasib wanita itu dan bayinya.

Mesra disapa Maidatul, dia mengakui sebak mengenangkan semula kejadian itu sebelum berkongsi mengenainya di laman Twitter.

Kata Maidatul, dia turut menawarkan diri untuk membayar kos perubatan wanita itu, namun ia sudah dilangsaikan oleh petugas pusat perubatan berkenaan.

"Saya sedih tengok mereka naik motor Honda lama. Ketika sampai giliran saya bayar ubat ayah, saya tanya petugas kaunter dan minta kira sekali kos ubat wanita itu dalam bil ayah.

"Tapi akak farmasi tu kata dia dah tolong bayarkan. Baik betul orangnya, saya harap mereka dimurahkan rezeki selalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

"Anak wanita tu kecil lagi, macam bayi usia lebih kurang setahun. Anak sakit, naik motor malam-malam. Saya harap anaknya sihat.

"Ingatkan kita dah susah, rupa-rupanya ada orang lain jauh lebih susah. Saya harap kita semua peka dengan persekitaran dan sekeliling. Mungkin ada orang yang perlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua," ujarnya sebak.

Untuk rekod, kisah sedih yang dikongsi Maidatul di Twitter miliknya sehingga kini meraih lebih 8,000 ulang kicau (Retweet).

"Ingatkan kita dah susah, rupa-rupanya ada orang lain jauh lebih susah.

MAIDATUL

Malah, ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa wanita itu serta bayinya.

Selain itu, netizen di Twitter turut memuji sikap petugas di situ sanggup menggunakan wang sendiri demi membantu wanita berkenaan.

Bercerita mengenai dirinya, Maidatul merupakan seornag perunding unit amanah, namun mula menjalankan perniagaan bunga tangan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Kata Maidatul, dia menetap dan bekerja di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, namun kini sedang berada di kampung kerana tidak sempat pulang sebelum sekatan perjalanan antara negeri dilaksanakan oleh kerajaan.

Terkesan dengan PKP, Maidatul kini menjalankan perniagaan bunga tangan dari kampung halamannya.

"Saya mulakan bisnes sebab dorongan kawan dan desakan hidup pada masa itu. Nak jumpa dengan client tak dapat, jadi saya kena buat sesuatu.

"Hidup mesti diteruskan. Jadi berbekalkan minat yang ada, saya buka bisnes online. Tapi tetap struggle, sebab ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenduri kahwin pun tak boleh buat.

"Masa tu saya sedikit kecewa. Tapi Alhamdulillah, bila ada kebenaran kahwin di pejabat agama, saya masih ada customer, " ujarnya pemilik bisnes @bungatangan.cantik itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain