suria

Kenapa yang paling baik, bijak ‘pergi’ dulu? Pelajar rasa ‘kosong’, si bulus peneman kelas online dibaham ular sawa demi selamatkan anak kucing lain

Toro baru sahaja enam bulan dibela oleh keluarga itu.

SABAN hari melihat si bulus lincah bermain di depan mata, tiba-tiba haiwan itu sudah tiada.

Begitulah yang dilalui pelajar ini apabila salah seekor kucing milik keluarganya mati dibaham ular sawa pada malam Sabtu lalu.

Menurut Nur Azima Zulkarnain, 20, 'pemergian' kucing yang diberi nama Toro itu cukup memberi kesan emosi buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bisik padanya, kalau nak pergi saya izinkan” - Pemuda trauma 2 kucing mati akibat parvo, bimbang 2 bulus lain alami nasib sama walau dah jumpa petua mujarab

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga menggigil, kucing kesayangan sarat mengandung hilang 4 kaki... bangkai Cantik diletak dalam kotak - “Macam tulang ayam ditarik dagingnya”

"Pada awalnya sewaktu saya ke dapur, saya tengok Toro sedang berjaga sambil melihat-lihat ke bawah almari. Ular tu tak kelihatan ketika saya tunduk, mungkin sebab coraknya menyamai warna lantai dan almari.

"Pukul 2 pagi saya dengar bunyi bising, tapi saya fikir Toro mungkin dapat tikus. Pagi esoknya selepas Subuh, mak saya bangun dan tengok lantai dipenuhi darah, Toro pula tidak kelihatan.

Emma sayu mengenangkan kematian kucingnya itu.

"Mak saya ikut kesan darah tu sehingga ke belakang almari, mak suluh lalu nampak ular tu... sedang tidur kekenyangan. Kat perut ular tu nampak bonggol dan nampak macam baru makan keadaannya.

"Kami dapat tahu Toro kena telan sebab kat lantai penuh darah, kat tempat darah tu adalah tempat Toro selalu tidur," jelasnya kepada mStar.

Mesra disapa Emma, dia yang menetap di Kampung Tanam, Dalat, Sarawak memelihara tujuh ekor kucing termasuk Toro.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun katanya, Toro merupakan seekor kucing yang bijak dan sangat manja dengan ahli keluarganya.

Saya menangis waktu tengok tempat Toro selalu ada. Toro selalu teman saya ketika kelas online.

EMMA

"Saya ada tujuh kucing. Toro paling pintar berbanding yang lain. Dia nak selamatkan kucing lain tapi dia terkorban.

"Nampak macam ular tu nak makan anak-anak kucing yang sedang tidur kat dalam kotak. Tapi akhirnya Toro seekor saja yang mati, nampak kesan kemek pada kotak itu," ujarnya lagi.

Tambah Emma, ular itu yang mula bertukar agresif ketika ingin dibawa keluar terpaksa dibunuh oleh bapa saudaranya.

Jelas Emma, biarpun baru sahaja enam bulan Toro bersama dengan keluarganya, dia tetap sedih dan masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Kesan darah pada lantai yang membawa kepada penemuan ular sawa di kediaman Emma.

Malah, Toro selalu menjadi peneman tatkala dia mengikuti kelas dalam talian sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

"Saya rasa tiba-tiba kosong. Saya menangis waktu tengok tempat Toro selalu ada. Toro selalu teman saya ketika class online. Toro tidur atas paha saya.

"Toro sangat hormati orang, tak pernah kacau saya seperti kucing lain. Toro hanya duduk dan lihat saya buat assignment.

"Ia kucing yang manja dan sangat baik. Kalau kita beri makan lepas tu ada kucing lain yang lambat, Toro akan angkat makanan tersebut dan bagi pada kucing yang lain.

Kata Emma, Toro merupakan seekor kucing yang pintar.

"Toro juga cekap memburu tikus dan cicak. Sebab tu saya selalu letak ia di dapur, selalunya Toro tidur dalam kotak tepi katil saya," luah Emma yang juga pelajar bidang Geomatik di Politeknik Kuching.

Kisah Emma mendapat perhatian selepas dia berkongsi mengenainya menerusi direct message (DM) Instagram rasmi mStar pada Isnin sebelum temubual dijalankan pada hari sama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain