suria

Sedih! Tak sampai separuh masuk exam online, apa yang guru Geografi ini fikir sampai gigih call setiap pelajar? - “Ini bukan kejadian pertama”

Cikgu Iliasa menelefon seorang demi seorang pelajarnya yang gagal menghadiri peperiksaan pertengahan tahun.

KASIH seorang guru kepada pelajarnya mendorongnya untuk menghubungi setiap daripada mereka yang gagal menghadiri peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini.

Video guru berkenaan, Iliasa Omar, 55, tular dia laman TikTok setelah dikongsikan anaknya Nur Izzati, 25, yang membantunya menguruskan peperiksaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut maskot ‘balas dendam’, kanak-kanak ini lari ketakutan peluk mak orang lain - “Mula-mula dia acah berani”

ARTIKEL BERKAITAN: Mengidam kalahkan perempuan mengandung! Mengadu teringin punya pasal, terus dapat bungkusan 8kg dari kampung - "Melompat kegembiraanlah saya"

Bercakap kepada mStar, Nur Izzati berkata bapanya, seorang guru subjek Geografi bagi Tingkatan 2 dan 3 memohon bantuannya pada 16 Jun lalu untuk menghantar pautan atau link bagi menyertai peperiksaan secara dalam talian kepada pelajarnya.

"Saya tolong ayah buat kuiz tu kemudian hantar link pada setiap group WhatsApp tapi tak ada yang respons.

"Pada awalnya tak sampai 10 orang pun yang join," katanya, sambil menambah bapanya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok, Kedah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Risau pelajarnya akan kehilangan markah penting apabila gagal menghadiri peperiksaan, Iliasa kemudiannya mengambil inisiatif sendiri dengan menghubungi setiap seorang daripada mereka yang masih belum menjawab peperiksaan tersebut.

"Ayah telefon setiap pelajar sebab takut mereka masih tak bangun tidur lagi, dia rasa sedih sangat tapi dia kesian takut students tak dapat markah langsung.

"Sebab tu bersungguh-sungguh dia call tapi hanya seorang dua sahaja yang angkat telefon

"Sampai sekarang masih ada beberapa pelajar yang buat tak tahu tentang ujian tersebut," katanya.



Iliasa cuba untuk menghubungi pelajarnya yang masih belum menjawab peperiksaan.

Menurut Nur Izzati, secara keseluruhan, bapanya mengajar tujuh kelas dengan jumlah 30 hingga 35 orang pelajar bagi setiap kelas.

Nur Izzati yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor berkata apa yang berlaku kepada bapanya ini bukanlah kejadian kali pertama.



Iliasa mengajar subjek Geografi untuk tujuh kelas.

"Benda ni selalu terjadi sebenarnya, bila setiap kali ayah saya menghantar latihan atau nota dalam group WhatsApp, hanya satu atau dua orang sahaja respons atau tiada respons langsung.

"Saya pun tak pasti kenapa mereka tak menghadiri ujian sebab mereka senyap tak maklumkan apa-apa pun.

"Tapi ada juga pelajar susah yang tak ada kemudahan internet dan telefon... tapi yang tu kebiasaannya kawan-kawan akan maklumkan awal pada ayah saya," katanya.

Sebab tu bersungguh-sungguh dia call tapi hanya satu atau dua orang sahaja yang angkat telefon.

NUR IZZATI ILIASA

ANAK

Sebagai seorang anak dan juga pelajar, Nur Izzati berkata dia berasa sedih dengan kelompok pelajar yang tidak menghormati guru mereka.

"Ayah saya ni tak berapa pandai nak menggunakan sistem online tapi dia sanggup minta saya ajar dia.

"Jadi sebagai anak saya sedih bila ada student yang sanggup mesej ayah saya cakap kawan dia malas nak masuk kelas, seolah-olah adab dengan seorang guru dah tak ada.

"Guru dianggap seperti kawan-kawan saja," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain