suria

Mengidam kalahkan perempuan mengandung! Mengadu teringin punya pasal, terus dapat bungkusan 8kg dari kampung - "Melompat kegembiraanlah saya"

Buah Sentoi kiriman dari kampung.

SEBELUM ini ubi kayu kali ni mak ayah hantar buah sentoi pula dari kampung.

Berkongsi kegembiraannya menerima kotak berisi buah-buahan tanaman kampung tersebut, Nurul Falliana Md Haludin, 32 berkata penghantaran daripada ibu bapanya yang menetap di Kampung Melaka, Sik Kedah itu sememangnya dinantikan.

“Sekarang memang tengah musim buah setoi di kampung dan kebetulan dekat rumah memang ada pokok.

“Kami adik beradik memang suka sangat makan, hari tu saya ada bagi tahu mak yang saya teringin sangat nak makan buah setoi ni bila tengok member-member update status (makan buah ni).

“Mak cakap buah ada tapi tak masak lagi, lepas tu tiba-tiba mak buat video call tunjuk buah, melompat kegembiraanlah saya, ” ujarnya.

ARTIKLE BERKAITAN: Mak ayah di kampung, anak di bandar... kalau boleh semua hasil tanaman nak dikirim! Satu beg durian ‘diseludup’ naik bas - “Pemandu tanya, adik tak mengaku”

ARTIKLE BERKAITAN:Sempoi! Guru gigih mengajar guna lantai mozek, anak tak sangka ada yang nak sedekah papan putih - “Ayah tak kekok dengan norma baharu pendidikan”

Falliana yang tinggal di Kuala Lumpur berkata ibu bapanya menyediakan tiga kotak buah-buahan kampung tersebut untuk dihantar kepada dia serta dua lagi adiknya.

“Selain buah setoi dalam tu ada juga buah salak sikit, mereka pos pada saya, adik lelaki saya yang duduk di Sungai Petani, Kedah dan adik perempuan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.

“Saya dapat lapan kg, adik saya lagi dua dapat 7kg setiap seorang, ”katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya buat setoi atau juga dikenali sebagai buat sentul ini agak sukar untuk ditemui di Kuala Lumpur.

“Bila mak beritahu mereka hantar buah rasa seronok sangat sebab perut ni mengidam kalahkan orang mengandung.

“Bila adik bagi tracking number, setiap masa check bila buah nak sampai,” katanya sambil menambah dia menerima bungkusan terbabit pada hari Selasa lepas.



Menurut Falliana buah setoi mempunyai rasa masam manis.

Menurut Falliana sebahagian daripada buah setoi tersebut sudah pun di buat colek manakala selebihnya dijadikan jeruk.

"Buah setoi tu bersaiz agak besar, sayang takut rosak, jadi saya buat jeruk," katanya.



Colek dan jeruk yang terhasil daripada buah sentoi yang dihantar dari kampung.

Sebelum ini satu lagi video Falliana juga pernah tular di laman TikTok apabila dia menerima bungkusan berisi serai dan ubi kayu kiriman ibu bapanya.

Bila mak beritahu mereka hantar buah rasa seronok sangat sebab perut ni mengidam kalahkan orang mengandung.

- NURUL FALLIANA MD HALUDIN

Falliana yang menjalankan perniagaan secara dalam talian berkata selain buah setoi, serai dan buah salak, kedua ibu bapanya turut menanam pokok rambutan, durian, pokok getah serta langsat.

“Tanah kampung biasalah, macam-macam pokok ada.

“Pokok setoi tu tanam tepi rumah je, belakang rumah pun ada kebun.

“Sebelum ni mak dengan ayah tak jual, tapi sekarang ada la juga niaga buah setoi tu, tapi sikit-sikit je, kalau ada orang minta baru ayah akan panjat pokok, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain