suria

Dah lali dianggap nakal, mat rempit cuba ubah persepsi masyarakat... kumpul lebih RM17,000 bantu penduduk Gaza - "Ini bukan kerja amal pertama kami"

Kelab Sofea Racing baru-baru ini menyumbang sebahagian daripada hasil penjualan T-Shirt edisi "Stand With Palestin" buat penduduk di Gaza.

MAT motor ini kadang kala sering dipandang enteng oleh sesetengah anggota masyarakat.

Tak dinafikan tindakan segelintir mat rempit mungkin secara tak langsung telah menimbulkan persepsi negatif, bak kata perpatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Namun apa yang dilakukan sekumpulan anak muda ini sememangnya wajar kita banggakan apabila mereka sepakat untuk menyalurkan sebahagian hasil kutipan jualan dan pembelian t-shirt bagi membantu rakyat di wilayah bergolak, Palestin.

“Alhamdullilah jumlah kutipan dari hasil jualan adalah sebanyak RM17,315 dan kita telah salurkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) untuk saudara kita di sana.

“Tahniah dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua supporter yang membeli t-shirt dan (ahli) #sofearacing terlibat.

“Semoga sumbangan yang tak seberapa daripada kita semua mat rempit dapat membantu serba sedikit mereka di sana, Insyallah, ” tulis Sofea Racing di laman Facebook mereka.

ARTIKLE BERKAITAN: Pengorbanan suami... rela dirinya diseret van demi selamatkan isteri sarat mengandung - “Saya bisik nama ‘Yusuff’, terus dia tersedak keluar darah”

ARTIKLE BERKAITAN:Cabut dan main batu nisan, jumpa nenek bongkok antara pengalaman ‘berjiran’ dengan kubur usia hampir 200 tahun - “Apa nak takut, semua orang dalam tu dah mati”

Bercakap kepada mStar, ahli kelab tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Rey berkata Sofea Racing akan mengeluarkan t-shirt setiap kali event ride diadakan dan t-shirt edisi “Stand With Palestine” ini telah mula dijual sejak bulan awal bulan Jun.

“Kami terbuka hati untuk membantu setelah melihat saudara seagama yang teruk ditindas di Gaza Palestin jadi kami memilih untuk menjual tshirt dengan harapan dapat menarik minat geng-geng motor dan anak-anak muda membeli, sekali gus menderma.

“Platform ini dilihat yang terbaik untuk membantu saudara seagama di Gaza, semampu kami, ” katanya.



T-Shirt "Stand with Palestine" yang dikeluarkan manakala kanan antara ahli kelab Sofea Racing yang menyertai aktiviti ride yang diadakan sebelum negara diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Rey sama seperti jualan t-shirt edisi yang terdahulu, penjualan kali ini turut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

“Kami rasa teruja sangat bila melihat sambutan yang diterima dan jelaslah bahawa peminat motosikal ini bukan hanya minat kepada design yang bertemakan motosikal semata-mata," katanya yang turut berbangga kerana mereka yang membeli sebab menderma untuk penduduk Gaza.

Semoga sumbangan yang tak seberapa dari kita semua mat rempit dapat membantu serba sedikit mereka di sana, insyallah.

- SOFEA RACING

Ditubuhkan pada tahun 2005, menurut Rey Sofea Racing tidak duduk dibawah mana-mana badan bukan kerajaan tetapi mereka hanyalah sekumpulan individu yang bersahabat atas dasar mempunyai minat sama dalam sukan permotoran dua roda ini.

“Ini bukanlah kerja amal yang pertama pernah kami lakukan.

“Kalau orang kata kami ni nakal tak sudah, duk bising atas jalan, mereka perlu faham jiwa muda kami ini tidak akan dibawa sampai ke tua, dan apa yang kami ingin lakukan adalah kami ingin mengubah persepsi orang ramai terhadap mat rempit secara perlahan-lahan, ” katanya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain