suria

Remaja panik, aksi 'over' rakam TikTok pukul 3 pagi boleh bikin orang tua marah... nasib baik dapat idea nak bodek mak ayah, kena marah pun kejap je!

Syamel menunjukkan meja kayu yang patah ketika melompat untuk rakaman video TikTok.

LAIN yang hendak dibuat, lain pula yang berlaku.

Gara-gara terlalu asyik membuat video TikTok, meja kayu yang dijadikan sebagai props content patah.

Remaja berkenaan, Sayed Shahmeel Sayed Ismail berkata, kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat ketika membuat rakaman video TikTok di rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga sebut 'kambing'? 3 beranak bikin kecoh di TikTok, video Bad Romance Challenge 'tak jadi' raih lebih sejuta tontonan - "Asal bunyi seakan tu kira bolehlah"

ARTIKEL BERKAITAN: Dah buat plan 'baik punya', tapi misi kejutan berakhir hambar! Pelik isteri pak imam tak ada perasaan terima surprise hadiah - "Macam saya pula kena prank"

Berkongsi pengalaman, katanya, ia bermula dengan hasratnya bersama seorang rakan yang mahu menghasilkan content yang kini menjadi trending di aplikasi popular tersebut.

"Masa tu pukul 3 pagi, kami masing-masing tak boleh nak tidur. Jadi kami rancang nak rakam video untuk content di TikTok. Sekarang ni trending video TikTok yang 'tukar-tukar baju' tu.

"Saya pun nak buat juga menggunakan kreativiti sendiri dengan mencampakkan baju ke meja, tapi dalam video nanti tunjuk seolah-olah saya melompat dan duduk atas meja dan ‘bertukar’ memakai baju yang dicampak tu," kata remaja berusia 17 tahun itu kepada mStar.



Meja kayu yang patah di ruang tamu.

Lebih dikenali sebagai Syamel, dia bagaimanapun tergamam apabila insiden yang tidak disangka-sangka berlaku di meja kayu di ruang tamu ketika rakaman dibuat.

"Kami buat rakaman pertama tapi tak menjadi. Saya kemudian buat rakaman kedua, tak cun pula. Setiap kali rakaman memang saya melompat dan duduk atas meja.

"Bila masuk rakaman ketiga, terkejut tiba-tiba dengar bunyi berdentum. Separuh daripada meja kayu patah teruk. Kami terkejut sebab bunyi patah tu sangat kuat, apatah lagi masa tu keluarga tengah tidur," ujarnya yang berasal dari Kuching, Sarawak.



Tiga kucing yang dipelihara keluarga Syamel.

Sejurus insiden berlaku, anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, dia segera menutup meja kayu tersebut dengan kain sebelum masuk ke bilik dan tidur.

"Saya takut masa tu, risau mak ayah terbangun dan tengok meja patah. Saya cepat-cepat tutup dengan kain sebelum fikirkan apa nak hadap mak ayah untuk beritahu perkara sebenar.

"Meja kayu tu satu set perabot di ruang tamu dengan kerusi-kerusi kayu yang dah kami guna antara tujuh dan lapan tahun. Mana nak cari ganti, jadi kami tidur dulu," ujarnya.



Syamel menunjukkan kucing baharu untuk dijadikan hadiah.

Keesokan hari Syamel berkata, dia mendapat idea untuk berani bersemuka membuat pengakuan mengenai kejadian yang berlaku kepada ibu bapanya, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun.

"Mak ayah saya ni pencinta kucing, memang kami sekeluarga bela kucing di rumah. Ada tiga ekor semuanya.

Selepas ini takkan buat rakaman yang melampaui batas lagi. Tak nak lagi terlalu agresif bila buat content video

SYAMEL

"Kebetulan ada seorang kawan offer bagi kucing jenis Domestic Long Hair yang dia beli, tapi terpaksa lepaskan sebab ayah dia pula alahan dengan kucing.

"Jadi, saya ambil kucing tu untuk berikan sebagai hadiah dengan harapan mereka tak marah bila mengaku yang saya punca meja tu patah," katanya.



Ibu bapa Syamel bersama kucing yang dihadiahkan.

Menurut pelajar Tingkatan Lima itu, dia tidak menyangka rancangannya menjadi meskipun ditegur dan dimarahi oleh bapanya selepas membuat pengakuan.

"Ayah bising juga bila dapat tahu meja tu patah sebab saya main TikTok. Tapi biasanya selalu kena marah memang lama, tapi kali ini sekejap saja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Menjadi juga kasi hadiah kucing tu. Tapi ayah tegur jangan terlalu ikutkan trend tapi tak berhati-hati. Tak perlu sampai terlompat-lompat untuk buat video TikTok.

"Saya akur selepas ini takkan buat rakaman yang melampaui batas lagi. Saya dah serik bila meja patah. Selepas ni tak nak lagi terlalu agresif bila buat content video," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain