suria

Luahan warga emas AJK masjid didengari... Program vaksinasi menyeluruh libatkan petugas agama dirangka, ini penjelasan Menteri Agama

Dr Zulkifli menjelaskan usaha untuk mengadakan program vaksinasi menyeluruh melibatkan AJK masjid, surau dan pegawai pejabat agama seluruh negara.

KERAJAAN Persekutuan sedang berusaha untuk memperluaskan program vaksinasi yang lebih menyeluruh melibatkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid, surau dan pegawai pejabat agama seluruh negara.

Dalam maklumbalasnya kepada mStar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata AJK surau dan masjid di beberapa negeri telah divaksin melalui usaha dan inisiatif Pihak Berkuasa Agama masing-masing.

Sebelum itu beliau ditanya mengenai luahan hati AJK surau dan masjid yang risau akan keselamatan mereka terutama jika lebih ramai jemaah dibenarkan hadir ke surau dan masjid kelak, memandangkan masih ramai diantara mereka yang belum menerima vaksin.

"Beberapa negeri, AJK masjid dan surau telah divaksinasi atas inisiatif Pihak Berkuasa Agama Negeri.

"Kerajaan Persekutuan sedang usahakan untuk program vaksinasi yang lebih menyeluruh melibatkan AJK masjid, surau dan pegawai pejabat agama seluruh Malaysia," katanya.

ARTIKLE BERKAITAN : "Tugas buat macam biasa, azan tetap dilaungkan" - AJK masjid, surau ibarat frontliners tak didendang... harap dapat keutamaan vaksin

ARTIKLE BERKAITAN : Bangun sebelum subuh, tidur jam 1 pagi! Ibu tunggal gigih jual nasi lemak demi sara anak dan cucu - "Dari beli barang, sampai buka khemah semua buat sendiri"

mStar hari ini melaporkan isi hati petugas surau dan masjid serta kerisauan pihak pengamal perubatan yang merayu agar AJK surau dan masjid ini turut dapat diberi keutamaan vaksin memandangkan mereka juga perlu meneruskan tugas termasuk ketika negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut laporan kebanyakan AJK ini berusia lebih 60 tahun serta mempunyai pelbagai latar belakang masalah kesihatan.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam maklumbalasnya kepada mStar berkata AJK yang berusia dalam lingkungan 60an tidak perlu khuatir kerana giliran mereka akan tiba tidak lama lagi.

"Jika mereka berusia dalam linkungan 60an, mereka berada dalam fasa 2 dan mereka akan dapat vaksin tak lama lagi," ujarnyanya ringkas.

Ditanya mengenai vaksinasi bagi petugas yang lebih muda, Dr Noor Hisham berkata mereka ini akan menerima vaksin secara berperingkat-peringkat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
vaksin, ajk surau, masjid, petugas agama

Artikel Lain