suria

Takut maskot ‘balas dendam’, kanak-kanak ini lari ketakutan peluk mak orang lain - “Mula-mula dia acah berani”

Gelagat Rayyan yang tersilap memeluk wanita lain yang disangka ibunya.

PANIK sangat tengok maskot beruang sampai tersalah 'peluk mak'!

Insiden mencuit hati melibatkan Muhammad Hadid Rayyan, yang berusia satu tahun 10 bulan ini dikongsikan ibunya Nor Aisiah Bakri, 28, yang tidak menyangka videonya itu akan tular serta mendapat lebih 2.4 juta tontonan.

Menurut Nor Aisiah kejadian berlaku pada April lalu ketika dia membawa anaknya itu menemaninya bagi menghadiri perjumpaan bersama rakan perniagaan di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN : Minta akaun ‘FB tak aktif’, batal flight ke Jepun... gadis terpikat dengan kesungguhan lelaki Arab kenal di ekspo walau minat jejaka ‘jambu’

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar dari semenanjung akui dah jatuh cinta, rindu dengan suasana kampus dan langit Sarawak - “Dulu Unimas pilihan ke-10 saya”

Katanya anak bongsu daripada dua beradik itu tidak mudah untuk rapat dengan orang yang tidak dikenalinya.

"Mula-mula anak Rayyan tengah main dekat taman, saya pula masa tu tengah nak ambil video pemandangan tepi laut nak hantar kepada suami.

"Tiba-tiba dengar kawan panggil nama anak saya, jadi saya toleh pada dia, masa tu memang video terarah pada dia, saya tengok dia acah-acah berani pergi dekat maskot tu. Dalam hati fikir berani pula dia, siap dia lambai-lambai tangan.

"Tiba-tiba masa sedang pergi ke arah maskot tu Rayyan terlanggar kakinya, apa lagi terperanjatlah dia lepas tu dia lari ke arah saya dengan muka takut sangat," katanya yang tinggal di Temerloh, Pahang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Nor Aisiah setelah keadaan tenang anaknya itu kembali bermain seperti biasa.

"Nak dijadikan cerita maskot yang dia terlanggar tadi lalu semula depan dia, masa tu dia punya panik lari lintang pukang cari saya dan secara tak sengaja dia pergi peluk seorang kakak ni yang tengah duduk dengan keluarga dia.

"Dia peluk kakak tu erat sangat seolah-olah itu mak dia... lama juga dalam beberapa minit, saya pun terperanjat bila tengok dia pergi dekat kakak tu," katanya.



Aisiah terkejut melihat keberanian Rayyan apabila dia cuba untuk menghampiri maskot beruang.

Menurut Aisiah anaknya itu hanya menyedari bahawa dia tersalah memeluk wanita lain apabila ditegur suami wanita berkenaan.

"Saya panggil anak saya dan dalam masa sama suami kakak tu tanya dia adik, ibu mana, baru dia pandang kakak tu kemudian dia tengok saya untuk pastikan sama ada dia peluk orang yang betul atau tak," katanya.



Saat Rayyan mula tersedar bahawa wanita yang dipeluknya itu bukanlah ibunya.

Menurut Nor Aisiah anaknya itu mungkin keliru disebabkan warna baju yang dipakainya serta bentuk tubuh wanita yang dipeluk anaknya itu seakan-akan sama.

Dia peluk kakak tu erat sangat seolah-olah itu mak dia... lama juga dalam beberapa minit, saya pun terperanjat bila tengok dia pergi dekat kakak tu.

NOR AISIAH BAKRI

IBU

Susulan tularnya video yang dikongsi, Nor Aisiah berkata dia berusaha untuk mencari semula wanita berkenaan.

"Ada sahabat yang tengok video tu cakap dia kenal dengan wanita tu jadi baru semalam saya add dia dekat media sosial kemudian saya hantar mesej memperkenalkan diri.

"Saya juga minta izin dia sebab bila video tersebar, dalam video ada wajah dia, jadi saya takut dia kecil hati," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain