suria

Minta akaun ‘FB tak aktif’, batal flight ke Jepun... gadis terpikat dengan kesungguhan lelaki Arab kenal di ekspo walau minat jejaka ‘jambu’

Foto kiri hari pertama Zahirah bertemu suaminya pada 2017, foto kanan Zahirah berkahwin pada 2018.

BENARKAH orang kata jodoh tak perlu dicari, biar ia datang dengan sendiri?

Apa yang pasti jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah.

Begitulah yang dialami seorang gadis menerusi perkongsian video di apliksi TikTok, apabila jodohnya merupakan seorang lelaki Arab, tanpa disangka-sangka!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak solo! Kaki travel bertemu jodoh dengan tour guide, 'cair' keberanian jejaka Kashmir - "India bukan dalam senarai percutian saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh 'tunggu' di kafe! Pemuda kembara solo ke Eropah tawan hati 'Angelina Jolie', 2 kali tiket flight batal akhirnya kahwin selepas setahun video call - "Saya sebut KLCC"

Wanita muda itu, Zahirah Muhamad Zalaluddin berkata, dia mengenali suaminya yang merupakan warga Maghribi di sebuah ekspo di Temerloh, Pahang pada 2017.



Gerai milik datuk Zahirah menghadap kedai rakan kepada lelaki Arab.

Mesra disapa Zahirah, dia memberitahu perkenalan itu berlaku semasa membantu datuknya berniaga di ekspo berkenaan.

"Masa tu dia (kini suami) datang ke Malaysia untuk bercuti, pada masa sama membantu rakannya yang merupakan warga Syria berniaga di medan selera di ekspo sama.

"Kedudukan gerai atuk betul-betul menghadap gerai makan kawan dia. Malam tu pakcik minta saya beli kentang goreng di kedai kawan dia, masa tu la pertama kali kami berbual," kata gadis berusia 22 tahun itu kepada mStar.

Mengulas lanjut, Zahirah yang berasal dari Temerloh berkata, suaminya pada mulanya tidak menyangka umurnya masih muda yang mana ketika itu dia baru berusia 18 tahun.



Suami Zahirah pakar dalam masakan.

Namun ia bukan menjadi penghalang buat lelaki itu, Youssef Ililou yang berasal dari Agadir, sebuah bandar di Maghribi dan berpengalaman dalam bidang masakan, untuk berkenalan dengannya.

"Dia minta nombor telefon, saya selamba kata tak ada. Dia minta WeChat, saya kata tak ada juga. Dia minta Facebook, saya kata deactivated. Dia kata okay, akaun deactivated pun boleh.

"Saya macam tak percaya sebab sebelum ni mana kenal dengan orang luar. Saya pula baru jumpa dia, takkan terus nak bagi nombor telefon," ujarnya.



Ketika majlis merisik.

Tambah Zahirah, mereka kemudian berjumpa setiap hari sepanjang kira-kira dua minggu di gerai masing-masing meskipun ekspo tersebut berakhir, sebelum dia menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

"Dia sepatutnya meneruskan perjalanan untuk melancong ke Jepun selepas Malaysia, tapi rancangan itu dibatalkan selepas bertemu saya.

Benarlah cinta itu buta, jodoh itu rahsia Allah. Keperibadian dia menawan hati saya, dia serius dan ikhlas mengenali saya dan tak pernah main-main dalam hubungan kami

ZAHIRAH

"Hubungan kami semakin rapat meskipun berjauhan. Dia bekerja sebagai tukang masak di kedai makan milik mak ayah saya.

"Kami berjumpa apabila saya pulang ke rumah. Biasanya saya akan ditemani abang atau kakak bersama abang ipar. Percaya atau tidak, kami dating berdua selepas dia menghantar rombongan merisik," katanya sambil menambah mereka bertunang pada April 2018.



Zahirah (kanan) dan pasangannya bertunang pada 2018.

Mengenai lelaki idaman, Zahirah yang ketika itu sering mengikuti drama-drama Korea Selatan mendedahkan dirinya mempunyai citarasa pada lelaki berwajah 'jambu'.

"Masa tu muda lagi, jadi saya sukakan lelaki muka jambu macam penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan pelakon Korea, Lee Dong Wook. Lelaki Arab jauh sekali dalam senarai.

"Benarlah cinta itu buta, jodoh itu rahsia Allah. Keperibadian dia menawan hati saya, dia serius dan ikhlas mengenali saya dan tak pernah main-main dalam hubungan kami.

"Dia matang selain berani untuk berjumpa dengan mak ayah untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Saya memang memerlukan seorang yang matang untuk membimbing saya. Jadi, tiada masalah jurang usia antara kami 17 tahun," katanya sambil menambah suaminya kini berusia 39 tahun.



Zahirah (kanan) gembira dipertemukan jodoh dengan jejaka Arab.

Zahirah yang kini bekerja dalam bidang pemasaran berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia lapan bulan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walaupun saya bersuamikan lelaki Arab, saya masih layan drama Korea. Kadang-kadang tu abang suka menyakat, dia kata saya suka tengok drama Korea, tapi jodoh dengan lelaki padang pasir. Kami gelakkan saja," ujarnya secara berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain