suria

Dah tak solo! Kaki travel bertemu jodoh dengan tour guide, ‘cair’ keberanian jejaka Kashmir - “India bukan dalam senarai percutian saya”

Foto kanan Aini berkahwin dengan jejaka Kashmir pada 2020, foto kiri ketika mereka berdua berkunjung ke India.

SETIAP yang berlaku ada hikmahnya, begitu juga dengan soal jodoh.

Seorang wanita rakyat Malaysia bertemu jodoh selepas menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Kashmir dekat India.

Siapa sangka, wanita berkenaan kini bergelar isteri kepada warga Kashmir yang merupakan pemandu pelancongnya sewaktu berkunjung ke negeri di utara India itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh 'tunggu' di kafe! Pemuda kembara solo ke Eropah tawan hati 'Angelina Jolie', 2 kali tiket flight batal akhirnya kahwin selepas setahun video call - "Saya sebut KLCC"

ARTIKEL BERKAITAN: "Habis semua kain batik saya dia pakai setiap hari" - Isteri kagum dapat suami mat salih tapi 'terlebih Melayu'... makan mesti mau pedas!

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nurul Aini Osman berkata, dia sebenarnya suka melancong ke kebanyakan destinasi dunia dan sering melakukan pengembaraan solo.



Aini (belakang, lima dari kiri) keluarga sepupu dan rakan-rakan bersama pemandu pelancong (hadapan, kiri) ketika pertama kali ke Kashmir.

Dia yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun mengakui Kashmir bukan menjadi pilihan pengembaraannya sebelum berkunjung ke destinasi percutian itu buat pertama kali.

"Sebenarnya India bukanlah dalam senarai percutian saya untuk saya mengembara secara solo kerana berisiko untuk saya seorang perempuan ke sana bersendirian.

"Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya," katanya kepada mStar.



Di salah satu destinasi menarik di Kashmir.

Lebih mesra disapa Aini, katanya, perkenalannya bersama jejaka Kashmir bermula tahun 2017 itu hanya sekadar rakan biasa, namun sering bertanya khabar antara satu sama lain.

"Saya tahu dia bekerja sebagai tour guide di sana, jadi selalu juga dia hantar promosi pakej pelancong dari semasa ke semasa. Dia juga sering bertanya khabar.

"Hati saya hanya terdetik untuk ke Kashmir apabila sepupu mahu bercuti ke sana dan meminta bantuan saya untuk mencari pakej-pakej menarik memandangkan saya selalu travel.

"Saya pun minta bantuan dia dan mendapatkan khidmatnya sebagai pemandu pelancong sepanjang lawatan saya bersama sepupu sekeluarga dan rakan-rakan di Kashmir pada 2018," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.



Majlis pertunangan pada 2019.

Menurut pensyarah itu, lawatan ke Kashmir juga begitu singkat iaitu hanya empat hari dan tiga malam, kerana mereka perlu ke beberapa destinasi lain di India selepas itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walau bagaimanapun kata Aini, pemandu pelancong itu yang bernama Obaid Yousuf Shangloo terus berhubung dengannya selepas dia pulang ke Malaysia.



Bersama keluarga ketika majlis perkahwinan pada Mac 2020.

"Suatu hari, dia beritahu mahu berkenalan dengan saya lebih rapat. Saya ambil kira faktor kami berjauhan di Malaysia-Kashmir selain usianya yang begitu muda baru 20-an.

"Saya beritahu dia kalau benar dia nak berkenalan dengan saya lebih rapat, dia kena datang ke Malaysia. Dia buktikan keikhlasan dan keberaniannya dengan datang berjumpa saya di Kuala Lumpur, dan itulah kunjungan pertamanya ke Malaysia.

Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya

AINI

"Saya kemudian pergi lagi ke Kashmir dan dia bawa saya jumpa keluarganya, dan dia berjumpa dengan keluarga saya pada akhir 2018 sebelum kami bertunang pada 2019," katanya sambil menambah suaminya kini berusia 25 tahun.

Menurut Aini, mereka kemudian disatukan sebagai suami isteri pada Mac 2020, kira-kira seminggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.



Aini terpikat dengan keikhlasan dan keberanian suaminya.

Terkandas bersama suami di Kashmir selama enam bulan tahun lalu berikutan pintu sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19, Aini dan suami kini berada di Malaysia.

"Walaupun muda, tapi keperibadian suami lebih matang dari usianya. Dia seorang yang bertanggungjawab, penyabar dan bertolak ansur... apa yang lebih penting keikhlasan dan keberaniannya buatkan hati saya menerima dia seadanya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak