suria

Sayu... bapa ‘pergi’ ketika anak nak masuk dewan bedah operate mata, selesai pembedahan anaknya ‘tolak’ nasihat doktor... pilih menangis, tahan kesakitan!

Foto kiri bapa Wani yang meninggal dunia selepas menghidap Covid-19, foto tengah pengebumian jenazah dan foto kanan Wani selepas pembedahan mata.

LULUH hati seorang anak apabila bapa yang disahkan positif Covid-19 meninggal dunia di Kelantan.

Lebih memilukan apabila perkhabaran duka itu diterima dari jauh di Kuala Lumpur, ketika sedang menunggu untuk menjalani pembedahan mata di hospital.

Begitulah dugaan hebat yang menimpa Nor Alwani Abd Wahab selepasnya bapanya berusia 65 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, pagi Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu seniwati Sarimah Ahmad kongsi saat terima mesej, selfie terakhir di katil ICU selepas Subuh... kenangan beberapa jam sebelum bapa 'pergi' akibat Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas meninggal positif Covid-19, sempat buka cerita anak menantu ziarah Aidilfitri kepada doktor - "Depa dari Johor, saja balik mai raya hari tu"

Wanita berusia 38 tahun itu berkata, bapanya yang menjalani kuarantin di rumah di Rantau Panjang dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan strok pada Khamis lalu, sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Saya diberitahu yang abah dah tak ada pagi Jumaat, pukul 8.20 pagi. Adik beritahu dalam grup WhatsApp yang jantung abah dah berhenti.

"Masa tu saya tengah tunggu nak buat pembedahan mata pukul 10 pagi. Kiranya peringkat terakhir sebelum dibawa masuk ke dewan bedah," katanya kepada mStar.



Bapa Wani selamat dikebumikan di Rantau Panjang, Kelantan.

Mengulas lanjut, Wani berkata, dia mengalami masalah Retinal Detachment, membabitkan retina dan soket mata kiri, menyebabkan penglihatannya kabur dan berlaku titik buta.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, anak kelahiran Kota Bharu itu ia tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya saat mengenang detik bapanya dimasukkan ke hospital sehari sebelum pembedahan mata.



Bacaan Yasin bersama ahli keluarga menerusi video secara dalam talian, sehari sebelum bapa Wani meninggal dunia.

"Allahu sebak. Mula-mula terdiam, tak tahu nak beri reaksi macam mana. Hati dah rasa tak sedap sebab dapat tahu abah kritikal.

"Terfikir sama ada saya atau abah yang tak bangun selepas ni. Tapi sebelum pembedahan lagi dah dapat tahu yang abah 'tak akan bangun dah'. Saya sedih.

"Tapi operation mata saya tetap diteruskan sebab mata agak kritikal dan saya juga tak boleh balik kerana arwah abah positif Covid-19. Adik-adik yang uruskan di kampung bersama pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan bomba," ujarnya yang merupakan anak keempat daripada 15 beradik itu.



Wani (dua, kiri) bersama arwah bapa (kiri) serta ahli keluarga.

Menurut Wani, dia kali terakhir bertemu dengan bapanya pada Jun tahun lalu, dan antara perbualan terakhir mereka berdua adalah dua minggu lepas bagi memaklumkan dirinya baru menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semester pertama.

"Abah sangat suka anak-anak sambung belajar. Abah lah sebab utama saya sambung belajar. Sekarang 'tulang belakang' saya dah tak ada.

Doktor bius di bahagian mata, jadi pembedahan dalam keadaan sedar. Penglihatan ketika itu agak kabur dan hanya nampak cahaya kuning silau sahaja. Tiba-tiba saya nampak arwah abah

WANI

"Abah berpesan, macam mana pun kita jahat pada pandangan orang, senyum je. Sebab hanya Allah sahaja yang tahu kebaikan kita.

"Jangan tinggalkan solat dan jangan tinggalkan sedekah. Takkan papa kedana kalau kita bersedekah," kata Wani yang mengikuti pengajian komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.



Wani (kiri) berpegang kepada pesanan dan nasihat arwah bapanya (kanan).

Wani yang merupakan pegawai tadbir berkata, pembedahan matanya berlangsung selama kira-kira dua jam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur, kira-kira lebih sejam selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir.

"Doktor bius di bahagian mata, jadi pembedahan dalam keadaan sedar. Penglihatan ketika itu agak kabur dan hanya nampak cahaya kuning silau sahaja. Tiba-tiba saya nampak arwah abah.

"Alhamdulillah, pembedahan selama dua jam berjalan lancar. Cuma doktor pesan tak boleh banyak menangis sebab mata memang akan pedih.

"Memang pedih, tapi apa yang saya boleh buat. Terpaksa juga tahan pedih tu sebab menangis kerana kehilangan abah. Memang sangat sakit," katanya yang kini dalam proses penyembuhan selepas pembedahan mata.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain