suria

Awas! Lepasan SPM ini mampu buat anda menangis hanya dengan tiup flute - “Orang main lagu klasik, saya main lagu moden”

Cukup meminati bidang itu, dia juga menyimpan hasrat bergelar guru muzik suatu hari nanti.

SETIAP alat muzik mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Namun, alunan seruling mahupun flute ternyata membawa emosi berbeza sehingga mampu menikam jauh ke dalam jiwa.

Bagi Amir Ashraf Norazmam pula, dia yang sudah lama mempelajari alat muzik itu ada kisahnya yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Main alat muzik sejak kecil, cipta lagu dari umur 14 tahun... bekas pelajar engineering akui lagunya semua bunyi sama je

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahun di YouTube, ada band sendiri tapi tetap sendu... jejaka pandai main 7 alat muzik tak sangka lubuk rezeki ada di TikTok

Berusia 18 tahun, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Pasir Gudang, Johor ini sering berkongsi video alunan flute olehnya di media sosial.

Bukan sahaja menerusi saluran YouTube, video-video itu turut dimuat naik ke laman Instagram dan aplikasi TikTok.

"Saya mula belajar bermain alat muzik ini ketika tingkatan satu kerana saya menyambung pengajian di Sekolah Seni Malaysia Johor.

"Selain flute, saya juga boleh main percussion, drum, piano dan gitar. Tapi flute merupakan alat muzik utama saya.

"Saya cuma buat video untuk hiburkan orang. Mahu kongsikan bakat. YouTube sudah dimulakan sejak tahun lepas lagi.

"Instagram juga sudah lama, kemudian baru saya kongsi di TikTok pula bermula tahun ini," ujarnya kepada mStar.

Amir mula bermain seruling ketika berusia 14 tahun.

Mesra disapa Amir, dia berkata video itu dihasilkan sekiranya dia mempunyai masa lapang di rumah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berkat kesungguhan dan keikhlasan berkongsi bakat seni, dia turut menerima pujian ramai oleh pelayar media sosial.

Kalau ada permintaan untuk mainkan lagu apa-apa, saya cuba penuhi.

AMIR

"Saya terharu dengan komen-komen positif. Kalau ada komen negatif, saya buat tak tahu saja.

"Flute ni biasanya orang main lagu klasik, tapi saya selalu main lagu moden. Mereka cabar saya main lagu klasik, tapi saya belum sampai tahap itu.

"Sejujurnya saya tak ambil hati. Saya terima segala komen. Kalau ada permintaan untuk mainkan lagu apa-apa, saya cuba penuhi," ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Cukup meminati bidang muzik, dia juga menyimpan hasrat bergelar guru muzik suatu hari nanti.

Malah katanya, dia bersyukur apabila mendapat sokongan penuh keluarga untuk meneruskan minat dalam bidang itu.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sokong saya. Impian saya suatu hari nanti nak buat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Amir terharu dapat komen positif di media sosial.

"Terima kasih sudi tengok video saya. Saya doakan anda semua dimurahkan rezeki," ujarnya lagi.

Antara video yang mencuri tumpuan tentunya apabila Amir membuat cover flute lagu Jera oleh penyanyi popular Indonesia, Agnez Mo (Agnes Monica).

Ia sehingga kini meraih hampir 70,000 tontonan di aplikasi TikTok.

"Nice, dengar sambil tutup mata, mendayu gila.

"MasyaAllah sedapnya, sampai ke hati terus.

"Berjaya buat aku nangis, banyak kali ulang dengar tau tak.

"Mantap dengar sambil hujan, habis semua memori keluar.

"Sampai terbuai-buai mendengarnya," komen beberapa netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain