suria

Kakak sayu tengok adik gigih cari rezeki! Awal pagi jual santan, malam jual baju bundle online... lebih pilu buat live tak sampai 10 orang tonton

Kisah siaran live jejaka itu yang tidak mendapat sambutan ternyata mengundang simpati netizen.

USAHA seorang peniaga pakaian bundle berusia 21 tahun yang tak putus asa mencari rezeki ternyata mengundang sebak netizen.

Kisah Mohamad Faiezal Abdullah dikongsi sendiri oleh kakaknya, Norfadhilatuladha, 29, di Twitter sehingga tular pada Sabtu malam.

"Setiap kali masuk siarang langsung (live) adik aku, mesti aku jadi sedih. Adik aku siang kerja pasar, malam jual bundle vintage.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka melaram walau pakai baju bundle, fesyen gadis ini dilihat macam rempit - “Mungkin mentaliti mereka belum upgrade”

ARTIKEL BERKAITAN: Bergaya guna barang jenama mahal tapi 'preloved'... Memalukan atau pilihan bijak?

"Dulu dia jual kat bazar, tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia jual secara dalam talian (online) je," tulis wanita itu di Twitter.

Mesra disapa Adha, penyelidik di sebuah syarikat swasta itu ketika dihubungi mStar sempat bercerita mengenai perjuangan adiknya yang kini mencuri perhatian ramai netizen.

"Setiap kali dia buat live saya akan masuk. Cuma sekarang saya tengok, penonton kurang 10 orang. Makin turun semenjak dua menjak ini.

Mohamad Faiezal mula berniaga pakaian bundle pada tahun lepas.

"Kalau view di Facebook tak memberangsangkan, dia beralih ke Instagram. Saya jadi sedih tengok dia berusaha dan tak pernah putus asa," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Adha, adiknya akan bangun awal pagi untuk bekerja sebagai penjual santan segar di sebuah pasar di Melaka.

Saya nak ucap terima kasih, kuasa media sosial sangat besar.

ADHA

Selesai pekerjaan itu, dia akan pulang ke rumah pada sebelah petang dan meneruskan perniagaan pakaian bundle pula.

"Adik buat dua kerja. Pagi dia berniaga di pasar. Petang dia akan uruskan bundle.

"Bisnes ini dia mulakan pada tahun lepas. Masa kes Covid-19 reda sekejap, dia meniaga bundle di bazar.

Adha (kiri) tak sangka ramai yang sudi menyokong adiknya.

"Selepas kes naik balik dan kita PKP semula, dia hanya bergantung kepada jualan dalam talian.

"Selain pakaian bundle premium, dia juga ada jual bundle standard yang biasanya tiga helai RM10," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Adha berkata dia terkejut dengan reaksi netizen selepas berkongsi perkara itu di Twitter.

Antara baju yang dijual oleh adiknya.

Tambahnya, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima dan berharap perniagaan adiknya berkembang maju selepas ini.

"Masa view live dia rendah, saya terdetik untuk kongsi di Twitter. Tak sangka ia akan blow up macam ni.

"Saya nak ucap terima banyak sangat komen yang membina bagi pihak adik. InsyaAllah saya akan kongsikan kepadanya.

Ahli keluarga Adha.

"Selepas viral, followers di Instagram adik juga meningkat. Saya nak ucap terima kasih, kuasa media sosial sangat besar.

"Sokongan netizen sangat membantu peniaga kecil seperti ini. Adik pun gembira apabila saya maklumkan mengenai hal ini," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain