suria

Nak pastikan impian jadi realiti, wanita ini sanggup ketepi perasaan takut... hasilnya memang berbaloi, rumah pusaka berubah wajah!

Tengku Sharifah Husna Tengku Sulaiman membantu suaminya mengubahsuai rumah pusaka mereka.

SIAPA kata wanita tidak boleh bertukang?

Ini dibuktikan Tengku Sharifah Husna Tengku Sulaiman, apabila gambarnya beraksi bersama peralatan kayu ketika dia sedang mengubahsuai rumah pusaka keluarganya di Dungun, Terengganu tular di media sosial.

"Saya memang minat bertukang malah masa tahun 2006 waktu saya tingkatan 3 saya pernah cat rumah ni sorang-sorang.

"Cuma lepas kahwin suami takut nak bagi saya pegang tukul dan mesin," katanya.

ARTIKLE BERKAITAN: Bertugas di PWTC, Dr Say terkejut reaksi warga emas terhadapnya masa datang ambil vaksin... terus buat 'analisis' pengikut Instagram!

ARTIKLE BERKAITAN: Fasih cakap Tamil, Mandarin dan Melayu... apa identiti sebenar gadis ini? Siap kongsi insiden beli sari dan juadah iftar - "Orang punya raya dia pun sibuk nak beli"

Menurut wanita berusia 30 tahun ini, suaminya, Mohd Azizi Mohd Anuar, 36 bagaimanapun terpaksa akur dan membenarkan dia membantu mendekorasi bilik tidur anak mereka tahun lepas.

"Masa tu dia tengah sibuk dengan table saw dan ada kayu yang nak kena potong menggunakan jigsaw.

"Pada saya kita nak mengharapkan sesuatu perubahan besar pada satu-satu ruang tu kita tidak boleh mengharapkan tenaga kerja dari dia sahaja, jadi saya cuba bantu.

"Waktu pertama kali nak handle jigsaw tu menggigil juga tapi lama kelamaan jadi biasa," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Dalam nada seloroh, wanita yang mesra disapa Husna ini berkata dia juga ingin turut serta dalam projek mengubahsuai rumah mereka supaya hasilnya sama seperti apa yang diidamkannya.

"Pada tahun 2016 saya cuma bagi lakaran untuk buat pengubahsuaian di rumah sewa kami tapi tak jadi macam apa yang saya nak, jadi saya belajar dari kesilapan," selorohnya.



Keadaan rumah pusaka keluarga Husna sebelum pengubahsuaian dilakukan.

Menurutnya hanya suaminya yang memahami lakaran tangannya dan beliau sentiasa gembira apabila melihat hasil kerja suaminya yang seringkali melebihi apa yang dilakarnya.



Gementar pada mulanya, Husna kini boleh membantu suaminya mengusahakan peniagaan kraf kayu mereka.

Menurut Husna, dia kembali tinggal di rumah pusaka keluarganya pada awal tahun 2020 apabila dia dan suaminya berhasrat untuk memulakan perniagaan kraf kayu.

"Bila dah ada modal kami rasa macam nak bagi nafas baru pada rumah kami. Jadi kami sama-sama ubahsuai rumah ini, kami tampal dinding-dinding yang rosak dan manfaatkan ruang yang luas untuk buat ruang tamu, dapur, ruang belajar dan bermain untuk anak serta ruang solat.

"Suami uruskan kerja-kerja wiring, tampal dinding, siling dan saya uruskan lakaran, ukuran dan konsep mengikut apa yang saya inginkan. Kayu dan perabot pula kami pasang bersama-sama," katanya.



Keadaan rumah Husna selepas pengubahsuaian dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Menurutnya ubahsuai yang dilakukan di rumahnya kini menelan belanja kira-kira RM12,000.



Bilik tidur, monkey bar dan papan gelongsor yang dibina Husna dan suaminya untuk anak mereka.

Kata Husna lagi, dia banyak melihat video-video DIY di channel Youtube serta sentiasa berbincang bersama suaminya serta mencari jalan penyelesaian sebelum mula memotong kayu.

Pada saya kita nak mengharapkan sesuatu perubahan besar pada satu-satu ruang tu kita tidak boleh mengharapkan tenaga kerja dari dia sahaja, jadi saya cuba membantu.

HUSNA

Menurutnya lagi, golongan wanita tidak seharusnya gentar terutama sekali dengan kritikan.

"Nasihat saya kalau minat dalam sesuatu bidang sebaiknya teruskan je. Saya selalu jadikan kritikan dan terima teguran untuk memperbaiki mana yang kurang.

"Belajar betul-betul apa yang nak buat, jangan terus buat sebab kerja-kerja kayu melibatkan mesin agak berbahaya.

"Kita perlu sentiasa titik beratkan keselamatan, mata kena selalu peka dengan mesin dan tangan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
diy, ubahsuai, rumah pusaka

Artikel Lain