suria

Bertugas di PWTC, Dr Say terkejut reaksi warga emas terhadapnya masa datang ambil vaksin... terus buat ‘analisis’ pengikut Instagram!

Dr Say berkongsi pengalaman ditegur oleh seorang warga emas ketika mendi sukarelawan di PPV di PWTC. foto instagram say_shazril

MENJADI sukarelawan kesihatan untuk membantu urusan vaksinasi Covid-19 pastinya merupakan kenangan terindah, selain dapat menyaksikan pelbagai ragam masyarakat.

Begitulah yang dialami seorang doktor selebriti yang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Paling terharu apabila doktor berkenaan, Dr Say Shazril didatangi seorang wanita warga emas yang mahu menerima suntikan vaksin AstraZeneca.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sangat merasa masuk zon merah Covid-19, persoalan Dr Say akhirnya terjawab - "Ibarat zon perang dengan kawat berduri... cukup menyeramkan"

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Usia 105 tahun, sikit pun tak 'termakan' cakap kawan anti vaksin di kedai kopi... selamat dapat suntikan pertama - "AyahPa kata dia okay"

Berkongsi pengalaman itu kepada mStar, Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Sharuddin berkata, beliau mula bertugas sebagai doktor lokum (sambilan) di PPV di PWTC pada hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' pada 1 Jun.



Dr Say ketika di PPV di PWTC.

Baru bertugas pada hari kedua, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita warga emas dalam lingkungan usia 60-an yang menegur dirinya yang memakai pelitup muka.

"Aunty tu Melayu tapi ada rupa 'Chinese look' sikit. Dia duduk dia kata 'Dr Say ke ni?'. Saya terkejut dan semestinya terharu. Dalam pertemuan singkat lima minit tu aunty tu cakap selalu nampak saya dalam TV.

"Aunty tu cakap cam dari suara saya. Dia dok ulang 'betul la Dr Say', 'dari jauh nampak macam Dr Say, bila dengar suara betul la Dr Say'," katanya ketika dihubungi.

Sebagai doktor, beliau menjelaskan peranannya di PPV bukanlah memberi suntikan vaksin, tetapi menumpukan tugas mengambil kebenaran (consent), bertanyakan masalah kesihatan dan menerangkan kesan sampingan vaksin kepada bakal penerima vaksin.

Dr Say yang merupakan pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors itu kagum dan tidak menyangka seseorang di usia warga emas dapat mengenali beliau.

"Lepas tu anak aunty yang berusia 37 tahun beritahu yang ibunya mempunyai akaun Instagram. saya memang terkejut sebab aunty tu berusia 60-an.

"Jika melihat pada insights akaun Instagram saya, majoriti followers (pengikut) berumur antara 25 tahun dan 34 tahun iaitu sebanyak 53.6 peratus dan hanya 1.1 peratus yang berumur 60 tahun ke atas," ujar doktor berusia 32 tahun itu.



Dr Say sebelum ini menerima suntikan vaksin Covid-19.

Berbangga kehadiran wanita warga emas itu secara sukarela untuk menerima suntikan vaksin, beliau yang mempunyai hampir 300,000 pengikut di Instagram itu mengucapkan tahniah atas kesediaan dan tanggungjawabnya.

"Lepas anak aunty beritahu 'mak ada Instagram' terus saya ajak aunty tu bergambar dan terus aunty tu berdandan memegang rambutnya," ujarnya.

Saya tanya 'kenapa makcik atau pakcik nak ambil vaksin?'. Rata-rata mereka akan jawab 'supaya dapat hidup sihat untuk luangkan masa dengan anak cucu.

DR SAY

Berdasarkan pemerhatian ketika bertugas di PWTC, Dr Say berkata, kesedaran masyarakat dalam kalangan warga emas terhadap vaksin Covid-19 amat menggalakkan.

"Ini kerana saya duduk di meja konsultasi bahagian paling hadapan, jadi warga emas dan mereka yang menggunakan kerusi roda akan bawa ke meja saya.

"Warga emas yang saya jumpa paling tua rasanya dalam lingkungan 80-90 tahun. Sama ada lelaki atau perempuan, kebanyakannya datang bersama anak atau cucu masing-masing yang membantu menempah janji temu untuk mereka.

"Saya tanya 'kenapa makcik atau pakcik nak ambil vaksin?'. Rata-rata mereka akan jawab 'supaya dapat hidup sihat untuk luangkan masa dengan anak cucu'," ujar bapa seorang cahaya mata lelaki itu.



Dr Say ketika menjadi sukarelawan tahun lalu.

Dr Say pernah menyertai sukarelawan bagi melakukan ujian saringan Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang yang mana kawasan sekitarnya pada April tahun lalu merupakan zon merah dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Ia membuka mata melihat bagaimana sukarnya pendatang asing dan keluarga mereka tinggal di ruang yang begitu kecil, membuatkan saya bersyukur betapa beruntungnya saya dan keluarga.

"Untuk lockdown 2.0 kali ini saya berpeluang sertai PPV di PWTC dan ia juga membuka mata melihat rakyat kita yang komited dalam menerima vaksin AstraZeneca," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain