suria

Bertahun di YouTube, ada band sendiri tapi tetap sendu... jejaka pandai main 7 alat muzik tak sangka lubuk rezeki ada di TikTok - “Saya belajar by heart”

Khairul memiliki bakat bermain tujuh alat muzik.

SEKIAN lama berkarya dalam bidang muzik, nama jejaka ini akhirnya mendapat perhatian ramai setelah dia mula aktif di aplikasi TikTok sebulan yang lalu.

Menurut Khairul Anuar Embok Efek, 25, dia yang mula bermain alat muzik sejak berusia tujuh tahun pernah menganggotai sebuah band sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Malah, sudah bertahun dia cuba berkongsi karya nyanyiannya di YouTube namun sambutannya 'sendu' sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Tanpa disangka-sangka, TikTok menjadi lubuk rezeki apabila dia meraih populariti sekelip mata sejak Oktober lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Khairul mengakui terharu dengan sokongan yang diterimanya.

"Masa study dulu saya aktif join gig. Dulu ada band sendiri di UiTM. Sekarang saya bergerak solo, muzik sekadar hobi sahaja.

Antara video nyanyian Khairul yang dikongsi di TikTok.

"Jadi saya cuba kongsi bakat di TikTok, dalam tiga minggu sahaja saya dapat 46,000 pengikut. Sebelum ni saya kat YouTube, bertahun-tahun tapi subscribers 200 lebih sahaja.

"Saya rasa terharu. Sebelum ini tiada siapa perasan kehadiran saya dan muzik yang saya hasilkan," ujarnya.

Menurut penganalisis makmal dari Johor Bahru itu, namanya mula meledak gara-gara satu lagu tular dari Indonesia yang berkisarkan mengenai topik hantaran mahal.

Semua tujuh instrument yang saya main tu saya belajar sendiri, tanpa guru atau pergi kelas.

KHAIRUL

Usaha Khairul membuat rendisi baharu lagu itu berjaya mencuri perhatian ramai sehingga ia menerima lebih setengah juta tontonan.

Menurut Khairul lagi, dia juga tidak kisah digelar penyanyi TikTok dan menerima dengan hati terbuka sekiranya ada rezeki untuk ke bidang nyanyian.

"Memang dari dulu hasrat nak masuk industri muzik. Tapi tak ada rezeki lagi.

Khairul meraih hampir 50,000 pengikut di TikTok dalam tempoh singkat.

"Saya tengok trend sekarang, penyanyi baharu lahir dari media sosial. Kalau dulu bakat dicungkil melalui program realiti.

"Memang cita-cita nak jadi penyanyi, tapi sekarang saya teruskan dengan kerjaya saya dahulu," ujarnya yang meminati Hael Husaini dan Charlie Puth.

Info menarik mengenai jejaka ini, dia juga mahir bermain tujuh instrument muzik seperti gitar, piano, keyboard, dram, saksofon, klarinet dan seruling.

Khairul mempunyai band sendiri di UiTM suatu masa lalu.

Malah, semuanya dipelajari sendiri sahaja tanpa mengikuti mana-mana kelas muzik.

"Semua tujuh instrument yang saya main tu saya belajar sendiri, tanpa guru atau pergi kelas. Saya belajar by heart dan explore sendiri.

"By heart tu maksudnya saya boleh main lagu yang orang request, on the spot. Walaupun saya tak pernah main lagu tu sebelum ni," ujarnya lagi.

Selain lagu cover artis lain, Khairul juga ada berkongsi lagu yang ditulisnya sendiri menerusi laman TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain