suria

Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Paparan skrin video nyanyian Nazeryl yang ditularkan oleh salah seorang sahabatnya di laman Twitter.

SUARA ke radio? Sedap betul!

Begitulah komen salah seorang netizen mengenai video nyanyian seorang pemuda yang tular di laman Twitter.

Menerusi video berkenaan, Muhammad Nazeryl Aruan, 19, menyampaikan lagu Sulit dendangan asal Aman Aziz sambil memetik gitar di tepi beranda kolej kediamannya di Bangi, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii”
ARTIKEL BERKAITAN: 
Wow! Terkejut orang Korea tengok gadis Malaysia busking di Seoul, "dia terpegun dan kata 'daebak'..."

Mesra disapa Nazeryl, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kampus Bangi ini tidak menyangka video berkenaan berjaya mencuri tumpuan pelayar laman sosial.

Nazeryl mula belajar memetik gitar sejak berusia 13 tahun.

"Video tu kawan yang rakam di hostel. Saya fikir dia post di Insta Story sahaja.

"Rupanya dia masukkan ke Twitter, esoknya dapat tahu viral. Kawan yang maklumkan. Saya memang terkejut.

"Tapi agak gembira juga, sebelum ni nyanyi dalam bilik je. Waktu free, saya nyanyi, kadang-kadang kawan request lagu," ujar Nazeryl sewaktu dihubungi.

Menurut anak kelahiran Negeri Sembilan itu, dia mula belajar memetik gitar sejak berusia 13 tahun.

Ramai juga yang minta agar saya banyakkan video cover di Instagram, kalau berkelapangan saya cuba hasilkan selepas ni.

MUHAMMAD NAZERYL ARUAN

Mengulas penularan video itu, dia juga tidak menolak seandainya diberi peluang untuk mengembangkan bakat nyanyiannya.

"Memang selalu menyanyi sebelum ni tapi saya agak pemalu sebenarnya. Tak pernah sertai mana-mana pertandingan atau uji bakat.

"Tapi lepas ni InsyaAllah saya nak cuba. Benda boleh datangkan rezeki, kenapa tak teruskan? Apa salahnya.

"Ramai juga yang minta agar saya banyakkan video cover di Instagram, kalau berkelapangan saya cuba hasilkan selepas ni," kata Nazeryl lagi.

Nazeryl tidak menolak seandainya diberi peluang untuk mengembangkan bakat nyanyiannya.

Dalam pada itu, video nyanyian Nazeryl di Twitter yang dimuat naik oleh sahabatnya sehingga kini menerima lebih 171,000 tontonan.

Malah, posting yang menerima lebih 13,000 ulang kicau (Retweet) itu turut dihujani banyak komen yang memuji bakat miliknya.

"Sedap sumpah sedap suara dia. 100 kali dah ulang ni," tulis @AidaSyhr.

"Sedap gila siot aku jadi gila dengar suara dia. I'm dying," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain