suria

Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii”

Paparan skrin video nyanyian Ammar yang tular di Twitter.

MEREMANG bulu roma, begitulah respon salah seorang pelayar Twitter terhadap video nyanyian Ketua Asrama Putera (Aspura) SM Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ), Negeri Sembilan yang tular.

Dimuat naik oleh alumni sekolah berkenaan, Raza Syazani Muhammad, ia sehingga kini menerima hampir 28,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar Online, pemuda berusia 26 tahun itu berkata, dia berkunjung ke SMSTJ sempena berlangsungnya hari karnival di institusi itu.

“Hari tu sekolah ada buat karnival, ada program hari asrama terbuka. Sebagai alumni, saya datang atas jemputan untuk buat liputan.

“Sewaktu melawat dorm saya tengok dia sedang jamming dengan kawan-kawan. Saya rakam dan tak sangka ia viral.

“Memang kagum dengan suara dia, sebab bukan calang-calang orang boleh nyanyi lagu Inggeris dengan baik,” ujar Raza sewaktu dihubungi pada Selasa.

Menerusi video berdurasi satu minit enam saat itu, pelajar berkenaan, Ammar Akmal Mohamed Johari mendendangkan lagu berjudul Empty Space nyanyian James Arthur.

Kawan dia cakap, dia ni ustaz. Boleh bertadarus, baca al-Quran sedap dan pernah jadi penyanyi nasyid.

RAZA SYAZANI MUHAMMAD

Raza sebelum ini menuntut di sekolah yang sama bermula tahun 2006 hingga 2010.

Menurut Raza yang bertugas di Bilik Berita Media Prima, Ammar Akmal yang kini berada di tingkatan lima turut mahir dalam mengalunkan bacaan al-Quran.

“Kawan dia cakap, dia ni ustaz. Boleh bertadarus, baca al-Quran sedap dan pernah jadi penyanyi nasyid.

“Saya pun sempat berborak dengan dia. Ammar seorang yang merendah diri. Dia jenis tak membangga diri,” ujar Raza lagi.

Raza berkunjung ke SMSTJ pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji suara serak-serak basah pelajar berkenaan yang turut disamakan dengan beberapa penyanyi lelaki tempatan dan antarabangsa.

“Berapa kali lah aku repeat ni, dahla aku memang adore suara James Arthur dengan Lewis Capaldi huwa ahhaha,” tulis @eemenina.

“Meremang bulu roma dengar oi,” tulis @QamarulAmsya.

Such wonderful voice... Jarang ada artis suara macam ni. Complete package kalau nak jadi recording artist,” tulis @reez_khai pula.

“Campak lagu Ramli Sarip, Cakra Khan or Afghan, sumpah sedap kalau suara macam ni,” tulis seorang lagi individu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain