suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengumuman penting! Jerebu masih teruk... Sekolah di Johor dan 4 PPD Selangor, KL diarah tutup Isnin

Sekolah di beberapa kawasan ditutup susulan jerebu. -Foto LOW LAY PHON/The Star

SEMUA sekolah di Johor serta beberapa daerah di Kuala Lumpur dan Selangor di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu, Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana ditutup pada Isnin (12 Oktober) susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat akibat jerebu.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi hantaran di media sosial rasminya pada Ahad.

Sementara itu, sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sila ambil perhatian! 4 negeri termasuk Selangor umum sekolah ditutup berkuat kuasa Jumaat

"Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa.

"Ibu bapa dan warga sekolah dimohon merujuk makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD masing-masing bagi sebarang perkembangan terkini," tulisnya.

Terdahulu, 15 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi Ahad.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang (Johor) merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 180.

Tujuh kawasan di Johor turut mencatat IPU tidak sihat, iaitu Larkin (178), Kota Tinggi (166), Tangkak (164), Segamat (162), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (151).

Artikel Lain