Shairy Hanapiah bertindak sebagai 'dulang boy' pada majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah. -Foto Threads Shairy Hanapiah
RAMAI terkesima melihat sebuah kerusi urut dibawa masuk ke dewan sebagai salah satu hantaran pada majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, pagi Sabtu. Kerusi urut yang merupakan salah satu daripada tujuh hantaran daripada Syed Saddiq buat Bella itu mencuri perhatian apabila dibawa masuk menggunakan kerusi sebenar, bukannya sekadar ‘mock model’ atau gambar sebagai simbolik. Namun, di sebalik hantaran unik yang menjadi bualan ramai itu, rupa-rupanya ada kisah spontan melibatkan salah seorang dulang boy yang ditugaskan menolak kerusi urut berkenaan.Menerusi perkongsian di laman sosial, Shairy Hanapiah mendedahkan dia sebenarnya tidak tersenarai sebagai dulang boy pada awalnya, malah langsung tidak terbabit dalam persiapan majlis pernikahan pasangan tersebut.“Al-kisahnya begini. Asalnya saya bukan dalam list dulang boys pun. Dan tak terlibat dalam arrangement nikah 118 ini.“Tiba-tiba pukul 11.25 lewat malam tadi, saya terima panggilan daripada Amira Aisya (Presiden Ikatan Demokratik Malaysia). Shairy esok boleh tolong team dulang boys tak? Perlukan tambahan untuk tolak kerusi urut. Nanti saya send gambar kerusi tu,” kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia lupa dah kahwin!” - Gelagat Syed Saddiq genggam tangan Tun Musa buat netizen ‘geram’, suruh pegang BellaShairy mengakui dia sendiri tidak dapat menahan tawa sebaik menerima gambar kerusi urut itu menerusi WhatsApp, malah tidak menyangka Syed Saddiq memilih untuk membawa masuk kerusi sebenar sebagai hantaran.“Masa terima gambar dekat WhatsApp, saya dah tergelak sendiri. Apa gilalah Syed Saddiq ni. Hahaha.“Dia tak nak guna mock model atau gambar. Dia nak tunjuk the real one!” katanya.Walaupun menerima tugasan itu pada saat akhir, Shairy bersetuju untuk membantu bagi melancarkan urusan majlis pernikahan pasangan berkenaan.“Perkara paling debar dalam hati tadi, janganlah aku tersangkut dekat tengah-tengah laluan tu nanti. Tengah live ni, malu woo,” ujarnya.Tambah Shairy, dia juga tidak sempat menyertai sebarang sesi latihan sebelum majlis berlangsung, menyebabkan segala-galanya dilakukan secara spontan.“Tak sempat join any rehearsal pun. Semuanya impromptu! And the rest is history.“Alhamdulillah semuanya lancar... dan satu Malaysia terhibur dan gelak. Tahniah Syed Saddiq dan Bella Astillah,” tulisnya.Selain kerusi urut, antara hantaran kepada Bella adalah pakej melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Komunikasi di Taylors University; simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM100,000; insurans kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal, road bike dan Cincin emas eksklusif tempahan khas menggunakan emas tulen AU999.Sementara itu, Bella memberi sembilan dulang hantaran buat Syed Saddiq antaranya minyak wangi, e-buku, cermin mata, coklat istimewa, emas tulen AU999 tempahan khas bertemakan Iron Man Malaysia dan penyertaan acara triatlon (Ultraman Australia).Terdahulu, pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi dalam majlis yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precint, Kuala Lumpur.