suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi petang Jumaat… Dua wanita rentung, kereta terbakar selepas bertembung lori

Anggota bomba menjalankan tugas mengeluarkan mangsa. -Gambar JBPM

DUA wanita berusia 22 tahun maut apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam di Batu Pahat, Johor petang Jumaat.

Mangsa dikenal pasti sebagai pemandu kereta jenis hatchback, Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, dan penumpangnya, Siti Nurmaisarah Abd Jalil.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang sebelum tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kereta berkenaan terbakar kira-kira 80 peratus dengan kedua-dua mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

"Pasukan menjalankan operasi pemadaman sebelum mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas.

"Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan," katanya.

Mohd Shamin berkata, kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung sehingga sukar dikenali.

Dalam pada itu, tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

Operasi melibatkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Yong Peng itu tamat pada pukul 6.38 petang.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-The Star

Artikel Lain