suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita gembira buat graduan... Peminjam PTPTN gaji bawah RM2,500 layak tangguh, nak bayar RM50 sebulan pun boleh!

Potongan cukai juga akan diberikan kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja. -Gambar hiasan

KERAJAAN bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan pada 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan pula hanya dikenakan bayaran balik minimum sebanyak RM50.

"Langkah ini akan memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN. Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Had pelepasan cukai individu naik RM12,000... Beli kasut sukan pun boleh ‘claim’

Anwar membuat pengumuman itu ketika pembentangan Bajet 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambahnya, kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja. 

"Galakan ini meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028,” katanya.

Artikel Lain