suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Habuan ditunggu ramai! Bantuan khas RM1,500 untuk penjawat awam, pesara turut terima RM750

Kakitangan kerajaan akan menerima bantuan khas kewangan pada 2027.

KERAJAAN bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

"Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena ambang tujuh dasawarsa Merdeka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas sebanyak RM750 bagi menghargai jasa 70,000 guru Kafa, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

"Elaun anggota Rela, Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam dinaikkan kepada RM9 sejam bagi petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam bagi penyelia, dengan peruntukan RM339 juta yang memanfaatkan hampir 50,000 sukarelawan," katanya.

Bagi mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu kenaikan pangkat berikutan kekangan perjawatan, Anwar berkata kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat sekali bayar secara Khas Untuk Penyandang kepada 12,000 pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P).

Kerajaan juga bersetuju meningkatkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari, dengan kelayakan maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.

"Dalam pada itu, kadar pencen terendah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, sekali gus memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan," katanya.

 

Artikel Lain