BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid bagi membantu keluarga membuat persiapan untuk sesi persekolahan 2027.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu membolehkan keluarga yang mempunyai anak ramai menerima lebih manfaat. "Ini bermakna, keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027. "Seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal dengan peruntukan RM1 billion," katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.Menurutnya, bantuan itu akan disalurkan di sekolah bagi membolehkan ibu bapa hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai sebahagian daripada tanggungjawab bersama dalam memastikan kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.Dalam perkembangan sama, kerajaan turut menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam, seperti yang diumumkan sebelum ini.Kadar berkenaan menyamai elaun yang diterima pelajar matrikulasi dan dijangka memberi manfaat kepada 90,000 pelajar Tingkatan Enam.Selain itu, sebanyak RM870 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan lebih 800,000 murid.