Marisa dan Masira mencuri perhatian ramai sehingga tangkap layar wajah mereka dikongsikan di media sosial. -Foto Threads Acha Hssn
DI sebalik kemeriahan majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah di puncak Merdeka 118 pada pagi Sabtu, dua tetamu wanita mencuri perhatian ramai yang menyaksikan acara itu secara langsung di media sosial.Keanggunan dua wanita itu turut membuatkan warga maya membuat tangkapan skrin dan berkongsi wajah cantik mereka di media sosial. Disebabkan itu, ramai tertanya-tanya mengenai identiti sebenar kedua-dua figura berkenaan yang turut menjadi kegemaran jurukamera sepanjang majlis berlangsung.Hantaran yang dibuatnya mendapat pelbagai reaksi warga maya."Siapa mereka? They're so pretty!" demikian hantaran ringkas yang dibuat pemilik akaun Threads @aliahisamuddin bersama tangkap layar dua wanita tersebut.Pertanyaan itu menarik perhatian beberapa pelayar yang meninggalkan komen balas menyatakan dua individu terbabit adalah pasangan adik-beradik Marisa Hasmah dan Masira Yasmin.Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Marisa dan Masira duduk bersebelahan, anggun mengenakan persalinan berona putih mengikut tema ditetapkan.Marisa dan Masira mencuri perhatian ketika menghadiri majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq. Foto Instagram @gebrielpadan_ & @fiqahafiziBeberapa komen lain pula menjelaskan mereka adalah cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Cantik terpelanting yall! Baru tahu cucu Tun M," antara komen warga maya.Berdasarkan tangkap layar perkongsian tersebut, hantaran itu menerima kira-kira 2,800 tanda suka selain puluhan komen dan perkongsian semula.Marisa dan Masira merupakan anak perempuan ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir serta isterinya, Puan Sri Mastisa Mohamed.Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Pada pagi Sabtu, Bella, 32, sah bergelar isteri kepada Syed Saddiq, 33, selepas diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi Sabtu.Majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil wali bapa kandung Bella, Awang Astillah Abdullah.Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM500 berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak Bella.Kedua-dua mempelai tampil sedondon mengenakan busana putih dengan elemen Arab dan Islamik dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.