Syed Saddiq menggenggam tanganTun Musa Hitam ketika berada di atas pelamin selepas membantu bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang hampir terjatuh.
MAJLIS pernikahan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah, pastinya menjadi antara detik mencuri perhatian ramai.Di sebalik momen manis pasangan itu disatukan sebagai suami isteri yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani, gelagat Syed Saddiq, 33, di atas pelamin mengundang perhatian warga maya. Malah ramai terhibur dengan reaksi lucu Syed Saddiq ketika melayan tetamu yang hadir mengucapkan tahniah kepadanya dan Bella.Menerusi siaran langsung berkenaan, Syed Saddiq dilihat menggenggam erat tangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, ketika berada di atas pelamin.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafazSituasi itu membuatkan segelintir netizen berseloroh apabila melihat Syed Saddiq seolah-olah terlupa untuk memegang tangan isterinya sendiri.“Kenapa YB tak pegang tangan Bella? YB peganglah tangan Bella.“YB lupa ke dia dah kahwin?” tulis beberapa netizen yang terhibur dengan gelagat bekas presiden parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkenaan.Bagaimanapun, paparan skrin Syed Saddiq menggengam erat tangan Tun Musa sebenarnya mempunyai kisah di sebalik.Syed Saddiq membatu Tun Musa Hitam yang hampir terjatuh di atas anak tangga pelamin.Syed Saddiq memimpin tangannya selepas Tun Musa hampir terjatuh ketika menaiki anak tangga menuju ke pelamin.Susulan itu, Syed Saddiq bertindak pantas memegang tangan tokoh berkenaan bagi membantunya meneruskan langkah dengan selamat.Tindakan spontan itu sekali gus memperlihatkan keprihatinan Syed Saddiq terhadap tetamu kehormat yang hadir meraikan hari istimewanya.Pada pagi Sabtu, pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi dalam majlis yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precint, Kuala Lumpur.