suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima persembahan pentas, Zila Bakarin bersyukur impian berduet Ella jadi kenyataan

Zila pertama kali mendapat undangan nyanyian.

PELAKON Zila Bakarin bersyukur dengan peluang pertama sebagai artis jemputan bagi membuat persembahan selepas tamat program realiti Kilauan Emas Selebriti 2026.

Lebih bermakna, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, menyifatkan jemputan tersebut umpama impian yang menjadi kenyataan apabila berpeluang bertentang mata dan berkongsi pentas dengan penyanyi idolanya iaitu Ratu Rock negara, Ella.

Zila berkongsi momen keterujaannya apabila diundang memeriahkan majlis pembukaan butik milik penyanyi legenda itu selain berkesempatan untuk berduet.

Zila berkongsi perkara itu di halaman Threadsnya. 

“Alhamdulillah syukur, akhirnya. Jemputan pertama setelah program tamat. Saya dapat jumpa Ella, dapat menyanyi dengan ratu saya.

“Satu hal yang saya belajar, Allah akan makbulkan impian kita, cuma cepat atau lambat. Dah 51 tahun baru dapat jumpa idola saya, dijemput ke majlis pembukaan butik beliau dan dapat menyanyi sama-sama,” katanya melalui satu hantaran di Threads pada Ahad. 

Mengulas mengenai pertemuannya bersama Ella, Zila menzahirkan rasa kagum dengan keperibadian penyanyi utu yang disifatkannya cukup mesra dan tidak kekok melayan tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa kena mengena?“ - Zila Bakarin kesal Abiejam ‘sentuh‘ imej berhijab dalam komen balas

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin merajuk empat tahun tiada tawaran berlakon, enggan raih simpati tak mahu diejek

“Masya-Allah. Cantik, comel dan sangat merendah diri. Terima kasih Allah, alhamdulillah syukur,” tulisnya.

Untuk rekod, Zila merupakan antara selebriti berpengalaman yang menyahut cabaran mengetengahkan bakat nyanyian menerusi program Kilauan Emas Selebriti.

Zila mendapat tempat ketiga Kilauan Emas Selebriti. 

Pada malam akhir, Zila meraih tempat ketiga, membawa pulang Sebuah trofi sumbangan Astro, emas edisi khas dan hamper tajaan Jus Arabic Gold, dan tajaan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang. 

Sebelum ini, Zila pernah meluahkan rasa terkilan dengan industri seni tempatan selepas empat tahun tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

Artikel Lain