PELAKON Zila Bakarin meluahkan rasa terkilan dengan industri seni tempatan selepas hampir empat tahun tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi.Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, berkata dia enggan merayu atau meraih simpati semata-mata untuk mendapatkan tawaran lakonan kerana tidak mahu diri dan kesusahannya dijadikan bahan ejekan sesetengah pihak. “Sebenarnya merajuk jugalah. Berapa ramai kawan-kawan saya sekarang yang pandai berlakon, tetapi orang tidak bagi tawaran.Zila berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Tetapi saya tidak akan meminta-minta untuk berlakon sebab orang dalam industri ini, ada yang suka tengok kita susah atau meminta-minta. Jadi buat apa saya nak tunjuk saya susah? Orang akan gelakkan saya.“Selagi saya tidak merempat atau duduk di tepi jalan, saya tidak akan terima untuk diperlekehkan dengan meminta-minta tawaran berlakon,” katanya kepada mStar. Mengulas mengenai empat tahun tidak mempunyai tawaran, Zila berkata tempoh itu merupakan fasa titik terendah buat dirinya dan keluarga. “Susah! Memang saya susah dan ada saat-saat saya berada dalam fasa terendah. Bukannya sampai tidak makan terus, tetapi makan itu dicatu.ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun berlakon, Zila Bakarin tubuh kelab peminat buat julung kali ‘penangan‘ aktif di ThreadsARTIKEL BERKAITAN: [V] Zila Bakarin sebak anak dibuli, status selebriti penghalang ‘bersemuka‘ ibu bapa pembuli“Saya cakap dekat anak-anak, hari ini kita makan mee segera dulu. Hari ini ada ayam kita makan ini. Kadang-kadang saya bagi anak-anak makan dahulu, kalau ada baki baru saya makan. Perkara itu memang ada berlaku,” ujarnya.Zila bagaimanapun berkata, dia berasa amat bersyukur kerana tidak pernah dipulaukan oleh ahli keluarga, selain dikurniakan jalan rezeki baharu menerusi reviu produk di platform media sosial.“Alhamdulillah, Allah memberi saya rezeki bahagia menerusi anak-anak, suami dan adik-beradik yang sentiasa ada bersama waktu saya susah, tak makan atau tak bayar bil. Jadi saya tidak rasa benda itu sebagai beban.“Tuhan bagi saya rezeki yang tidak pernah putus melalui reviu. Sekali buat revieu untuk satu atau dua jam, saya boleh dapat RM2,000. Dari situ saya teruskan kehidupan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube