suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dua jam berdiri kerana sesak nafas” - Pengurus kongsi perkembangan terkini suami Amyza Aznan

Suami Amyza (kiri) kini sedang menjalani rawatan di HKL.

SUAMI kepada pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir kini masih dalam keadaan tidak stabil selepas ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Pengurus Amyza, Farid Khaled berkata, Khairil, 51, ditidurkan selepas mengalami masalah paru-paru dipenuhi air yang dipercayai berpunca daripada tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Menurutnya, keadaan itu berlaku pada malam Sabtu apabila Khairil mengalami sesak nafas yang teruk sehingga terpaksa berdiri selama kira-kira dua jam kerana hanya posisi berkenaan membuatkannya berasa lebih selesa.

"Punca abang (Khairil) ditidurkan disebabkan paru-paru penuh dengan air berpunca tekanan darah tinggi dan serangan jantung. 

Amyza menyerahkan kepada pengurus untuk berkongsi keadaan terkini suaminya.

"Semuanya berlaku pada malam tadi (Sabtu), abang sesak nafas dan dua jam juga berdiri sebab hanya posisi itu saja yang buat dia rasa selesa. 

"Tengah hari tadi dalam pukul 1 petang ambulans datang dan bawanya ke hospital," katanya ketika dihubungi mStar. 

Amyza bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya dan menyerahkan sepenuhnya kepada Farid bagi berkongsi perkembangan terkini.

Dalam pada itu, Farid memberitahu doktor kini sedang memantau tekanan darah Khairil yang berubah selepas ubat diberikan bagi mengawal bacaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di hospital

ARTIKEL BERKAITAN: “Keputusan ujian bukan kanser tulang“ - Amyza Aznan buntu jenis kanser dihidapi anak kedua

"Keadaannya sekarang tidaklah begitu stabil tetapi tadi dah bagi ubat untuk rendahkan tekanan darah. Tapi sekarang ini tekanan darah rendah pula jadi doktor seimbangkan semula supaya normal Kembali. 

"Cuma doktor sakit jantung dan buah pinggang belum datang lagi, jadi kami masih menunggu untuk mengetahui perkembangan tentang hal itu," ujarnya. 

Mengulas lanjut, Farid berkongsi keadaan kesihatan Khairil sebelum ini boleh dikatakan tidak menentu dan dia sejak kebelakangan ini kerap mengalami masalah sesak nafas.

Amyza sebelum ini memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal.

"Kalau nak ikutkan kesihatan abang seperti 'on off' cuma sejak kebelakangan ini dia sering mengalami sesak nafas. 

"Cuma malam tadi agak teruk juga, selepas kami pulang daripada program Kilauan Emas, dia beritahu sudah dua jam berdiri kerana sesak nafas," katanya. 

Pada Ahad, Amyza memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, aktres berkenaan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai status kesihatan suaminya itu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain