suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di hospital

Amyza (kanan) memohon doa agar suaminya diberikan kesembuhan.

PELAKON Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad.

Berita itu disahkan sendiri oleh Amyza, 50, menerusi satu hantaran ringkas di Instastory miliknya, namun dia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai status kesihatan suaminya.

"Assalamualaikum, suami saya Khairil Izhar berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur," tulisnya ringkas. 

Amyza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. 

Amyza memaklumkan suaminya kini berada dalam keadaan kritikal.

Amyza memaklumkan suaminya kini berada dalam keadaan kritikal. 

Sementara itu, pengurus Amyza yang dikenali sebagai Ari ketika dihubungi mStar memberitahu mereka masih berada di hospital dan sedang menunggu perkembangan lanjut daripada doktor.

"Sekarang kami masih di hospital. Saya akan update dalam masa terdekat kerana perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. 

"Suami Amyza sekarang sedang kritikal dan kami sedang menunggu doktor untuk membuat pemeriksaan," ujarnya. 

Sebelum ini, Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung. 

Pada Disember 2023, Amyza memaklumkan terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Keputusan ujian bukan kanser tulang“ - Amyza Aznan buntu jenis kanser dihidapi anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Amyza Aznan kembali kritikal, terpaksa ditidurkan kali kedua

Bagaimanapun, selepas dua hari ditidurkan Khairil telah sedarkan diri namun dijangkiti Covid-19 membuatkan dia masih memerlukan rawatan rapi. 

Untuk rekod, Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 20, Adrian Adam, 18, dan Ayden Andika, 12 tahun. 

Anak sulung mereka, Andre, meninggal dunia pada 23 Februari lalu selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain