suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Zila Bakarin sebak anak dibuli, status selebriti penghalang ‘bersemuka‘ ibu bapa pembuli

SIAPA sangka di sebalik keceriaan melayan peminat, pelakon Zila Bakarin sebenarnya menyimpan kerisauan terhadap keadaan anak sulungnya, Kasih yang didakwa menjadi mangsa buli sejak kecil.

Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, berkata dia memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci pengalaman yang dilalui anaknya demi menjaga keselamatan dan emosi anak yang masih bersekolah.

Menurut Zila, banyak perkara yang ingin diluahkan mengenai isu berkenaan namun terpaksa dipendam buat sementara waktu sehingga anaknya menamatkan persekolahan.

Zila bersama dua anaknya Kasih (kiri) dan Chinta (kanan).

“Sampai sekarang saya masih berdepan dengan isu buli. Saya nak cakap lebih pun, anak saya masih sekolah dan ia akan memberi kesan kepada anak saya.

“Sebab itu banyak benda saya ‘zip’ mulut selagi anak saya tak habis sekolah. Banyak benda sebenarnya saya nak huraikan, tulis, cakap dan luahkan tetapi terbatas sebab anak masih bersekolah,” katanya kepada mStar.

Kata Zila, isu buli yang dihadapi anak sulungnya bukan perkara baharu namun ia berlaku sejak anaknya berada di sekolah rendah sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin cerita detik nekad tutup aurat, kepala seperti disiram air sejuk selepas pakai selendang

ARTIKEL BERKAITAN: MuviiGrind cari bakat baharu drama vertikal, Zila Bakarin kali pertama jadi juri

Bagaimanapun, menurutnya, anak kedua, Chinta lebih mudah berdepan situasi sedemikian kerana mempunyai perwatakan yang berbeza berbanding kakaknya.

“Anak yang pertama itu memang sangat-sangat ‘soft’ dan sangat kecil hati mungkin sebab saya selalu ajar anak saya beradab. Sampai hari ini dia akan telefon dan pesan supaya saya jaga ketawa dan batas.

“Sepatutnya mak yang cakap begitu kepada anak tetapi anak saya yang pertama itu sangat ‘soft’. Dia sangat sayangkan orang tua dan bercakap memang lemah lembut,” ujarnya.

Saya banyak jaga sebab saya selebriti.

ZILA BAKARIN

PELAKON

Tambah Zila, dia sebak setiap kali mahu bercerita mengenai anak sulungnya yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menghargai persahabatan dan sanggup memberikan sepenuh kasih sayang kepada orang lain.

Dia juga mengakui sukar menerima keadaan apabila melihat anaknya berdepan kes buli, malah sering mengingatkan anak supaya tidak membiarkan dirinya ditindas oleh orang lain.

“Sebab itu saya selalu cakap dengan anak saya belajar Muay Thai, jangan pegang, kalau dia pegang kau balas. Jangan bagi satu pun kena atas muka kau, balas balik.

“Dia buat macam mana? Lempang, kau lempang dia balik. Terajang, kau terajang dia balik. Kau dimaki, kau maki dia balik. Jangan bagi orang pijak kau.

Zila dan suami sentiasa utamakan adab pada anak-anak.

“Tapi anak saya bukan macam itu. Dia cuma cakap, ‘Tak apa Mama, okey’. Tapi sayalah, bila dia cakap begitu, beban saya rasa macam, ‘Eh tak boleh ini, tak boleh terima’,” luahnya.

Ditanya sama ada pernah berdepan dengan ibu bapa kepada pembuli bagi menyelesaikan kemelut berkenaan, Zila bagaimanapun berkata statusnya sebagai selebriti menjadi antara punca dia memilih untuk berhati-hati.

“Saya banyak jaga sebab saya selebriti. Saya rasa ramai anak-anak artis pun kena macam saya. Ada beberapa yang sampai berhenti sekolah, pergi sekolah swasta atau belajar secara satu dengan satu,” kongsinya.

Untuk rekod, Zila mendirikan rumah tangga bersama Azri Izhar pada 11 Januari 2008 selepas lapan tahun berkenalan, pasangan ini dikurniakan dua cahayamata perempuan iaitu Kasih, 17, dan Chinta, 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain