suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah ‘Cik Man‘ selamat dikebumikan, 500 hadir beri penghormatan terakhir

Cik Man selamat dikebumikan.

JENAZAH pelakon veteran Allahyarham Kamarool Yusoff yang sinonim dengan gelaran 'Cik Man' selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual, Petai Lima, Kelantan kira-kira kira-kira pukul 11.50 pagi pada Khamis. 

Menurut laporan media, dianggarkan lebih 500 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara artis yang turut hadir ialah Amir Raja Lawak, Atu Zero dan Mamak Puteh.

Cik Man dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual, Petai Lima, Kelantan.

Allahyarham sebelum itu dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Mukim Kuala Paku.

Sementara itu, isteri arwah iaitu Norliza Mohd Aduni, 49, ketika ditemu bual menyifatkan Allahyarham seorang suami yang baik dan tidak pernah berkira sepanjang 30 tahun hidup bersama.

Tambah Norliza, Kamarool juga akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi apa sahaja keperluan dan kehendaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dunia hiburan berduka ‘Cik Man‘ sudah tiada, rakan artis kongsi kenangan... Kamarool Yusoff disenangi ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung

"Arwah juga seorang yang suka membuat lawak, namun mempunyai pendirian yang tegas," katanya.

Dalam pada itu, Norliza turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan isteri.

"Malah, kehadiran rakan-rakan pempengaruh dari Kelantan serta penduduk kampung yang mengenali arwah turut memberikan semangat kepada keluarga dalam menghadapi detik sukar ini.

Cik Man disifatkan sebagai suami yang sangat baik. 

"Arwah seorang yang sangat mesra dengan orang kampung. Ramai yang datang kerana mereka mengenali sikapnya yang mudah didekati dan suka membantu orang.

"Saya juga berterima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan serta mendoakan arwah," ujarnya.

Untuk rekod, Kamarool meninggal dunia sekitar pukul 5.30 petang pada Rabu di Hospital Tanah Merah, Kelantan. 

Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke hospital yang sama bagi menerima rawatan akibat saluran jantung tersumbat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain