suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Terima kasih untuk setiap gelak tawa“ - Rozita Che Wan terkesan berita pemergian ‘Cik Man‘

Che Ta sedih dengan berita pemergian Cik Man.

PELAKON Rozita Che Wan meluahkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian pelakon veteran Allahyarham Kamarool Yusoff atau lebih mesra disapa Cik Man yang menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu.

Rozita, 53, menyifatkan kehilangan aktor berkaliber itu satu pemergian yang memberikan kesan besar kepada industri seni tanah air.

"Ada sesetengah insan, bila bekerja dengan mereka, kita bukan sekadar berkongsi set, kita berkongsi kenangan. Hari ini, hati saya sangat-sangat sebak.

Che Ta sangat mengormati Cik Man sebagai pelakon senior. 

"Saya kehilangan seorang insan dalam dunia seni yang sangat saya hormati. Setiap kali tahu yang kami akan berada dalam naskhah yang sama, saya memang sangat teruja.

"Tak sangka, rupanya penggambaran kami di Perlis hari itu menjadi kenangan terakhir kita bersama," luahnya menerusi satu hantaran di Threads. 

Mengimbas kembali pengalaman bekerjasama dengan Cik Man, Rozita atau Che Ta mengakui kehadiran Allahyarham di lokasi penggambaran sentiasa membawa suasana harmoni dan menenangkan semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff ditidurkan akibat saluran jantung tersumbat

ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung

Jelasnya, sifat Allahyarham yang merendah diri serta pemurah dalam mendedahkan ilmu seni membuatkan dirinya sentiasa disenangi rakan sekerja.

"Bekerja dengan arwah sentiasa memberi ketenangan. Seorang yang sangat merendah diri, baik tutur katanya, sentiasa membantu dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu.

"Terima kasih untuk setiap gelak tawa, setiap nasihat, dan setiap memori yang akan saya simpan sampai bila-bila. Pemergian arwah adalah kehilangan yang sangat besar buat industri seni dan buat mereka yang pernah mengenali insan sebaik ini.

Pemergian arwah meninggalkan kesan besar dalam industri seni. 

"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, meluaskan kuburnya, menerangi alam barzakh dan menempatkan arwah di syurga yang tertinggi bersama orang-orang yang beriman. Berehatlah dengan tenang, Al-Fatihah," katanya.

Pada Rabu, industri seni tanah air berduka selepas Kamarool dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun di Hospital Tanah Merah, Kelantan sekitar pukul 5.30 petang akibat masalah jantung tersumbat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain