PELAKON dan usahawan Syida Melvin mengakui sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga menjadi sumber kekuatan terbesar buat dirinya dalam menghadapi kemelut rumah tangga.Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, berkata dia berasa sebak mengenangkan dirinya bertuah kerana dikelilingi keluarga yang sentiasa memahami serta berdiri teguh di belakangnya. “Saya menangis bukan kerana sedih tetapi terharu sebab ada adik-beradik, ada mak ayah yang faham.“Ramai orang DM saya dan cakap mereka pun berada dalam situasi yang sama. Namun mereka tidak ada sokongan yang kuat macam saya. Syida gagal menahan sebak apabila memikirkan tentang sokongan diterima ketika berdepan konflik rumah tangga.“Mereka bertanya macam mana saya boleh dapat kekuatan untuk bercerai dan hadapi perkara-perkara macam ini. Kalau saya berada di tempat mereka, memang bukan senang untuk buat keputusan,” katanya kepada mStar. Syida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada prosiding lafaz cerai yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.Dalam pada itu, Syida memberitahu adik-beradik merupakan individu pertama yang menjadi tempat meluahkan segala masalah sebelum mendapatkan pandangan daripada ibu bapanya.“Adik-beradik dulu, baru mak ayah. Sebab adik-beradik dah macam kawan saya juga.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin tidak suci, tangguh lafaz cerai 12 Ogos iniARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz cerai tangguh ke 12 Ogos...Suami enggan beralah, Syida Melvin terpaksa balik kampung sejak Aidilfitri lalu“Kawan memang ada, tapi bukan yang rapat sampai boleh kongsi setiap perkara yang berlaku setiap hari,” ujarnya. Syida bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan menamatkan perkahwinan, namun dia bersyukur kerana dikurniakan sistem sokongan yang banyak membantunya melalui fasa sukar itu.“Alhamdulillah sebab sebenarnya bukan senang untuk buat keputusan itu. “Tak semua orang ada kekuatan untuk ambil langkah memfailkan penceraian ataupun menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anak. Saya bersyukur kerana ada sistem sokongan yang kuat.Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan prosiding lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim, 37, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Susulan itu, kakaknya yang juga pelakon Syatilla Melvin menegaskan dia tidak akan berdiam diri apabila adiknya berdepan kemelut rumah tangga. Dari kiri: Syafiqa, Syatilla, Syida, Syifa dan Melveena sentiasa bersama memberi kekuatan antara satu sama lain.Selain Syatilla, Syida turut menerima sokongan daripada adik-beradiknya yang lain iaitu Syafiqa Melvin, Syifa Melvin dan Melveena Melvin.Untuk rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Syafiq pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!