AKTOR Shahz Jaszle berpendapat isu disiplin dalam kalangan artis di set penggambaran bukan hanya melibatkan pendatang baharu, malah turut membabitkan pelakon berpengalaman.Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 38, berpendapat sukar untuk mengubah sikap seseorang sekiranya mereka sendiri tidak mahu memperbaiki disiplin. "Saya rasa mereka (pelakon) semua ini sudah besar. Manusia ni kita tak boleh nak ubah. Disiplin dan perangai mereka tak boleh kita ubah walaupun sudah ditegur. Shahz mementingkan prestasi kerja sepanjang berada di set penggambaran."Bukan saja pelakon baru, pelakon lama pun masing-masing ada masalah sendiri. "Banyak saya dengar tentang isu pelakon baru tetapi sebenarnya pelakon lama pun ada (masalah disiplin). Cuma antara berani atau tidak nak dedahkan saja," katanya kepada mStar. Mengulas sikapnya ketika berdepan rakan artis yang bermasalah di lokasi penggambaran, Shahz berkata dia tidak mahu terlalu ambil pusing jika seseorang datang lewat ke set.ARTIKEL BERKAITAN: Shahz Jaszle kembali diberi watak hero, amal diet ekstrem sebelum masuk set penggambaranARTIKEL BERKAITAN: Produser minta aktif media sosial, Shahz Jaszle terpaksa akur... Mujur isteri bantu ikut trend semasaBagaimanapun, perkara itu tidak sepatutnya menjejaskan prestasi ketika berada di hadapan kamera, terutama apabila kelewatan menyebabkan pelakon tidak bersedia dengan babak yang perlu dilakonkan."Kalau shooting pelakon buat hal pun saya akan diam saja. Saya tak kisah dia nak datang lambat ke apa, tapi kalau di set kena 'performed' (berlakon) betul-betul. "Janganlah dah datang lambat bila nak shoot pun dialog kau kelam kabut. Itu memang kacau. Bagi saya ia bergantung kepada disiplin sendiri sebab kami bekerja tak pakai punch card pun. Banyak saya dengar tentang isu pelakon baru tetapi sebenarnya pelakon lama pun ada. SHAHZ JASZLEPELAKON"Kerja dalam industri ini bergantung kepada kepercayaan. Kalau artis itu sendiri tak berdisiplin kami tak boleh buat apa," ujarnya. Dalam pada itu, Shahz mengakui dia memahami bahawa situasi tertentu boleh menyebabkan seseorang lewat ke lokasi penggambaran.Menurutnya, perkara paling penting adalah sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain bagi memastikan kelancaran proses kerja.Shahz memahami situasi tertentu menyebabkan pelakon lewat ke lokasi penggambaran."Tak kira macam mana sempurna sekali pun kita jaga 'calltime', ada saja hari yang akan lambat. "Kita shooting berbulan lamanya, mesti ada satu hari lambat. Nak uruskan hal anak ke. "Saya pun pernah lalui pengalaman datang lambat tapi yang penting perlu ada rasa hormat dan memahami," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube