ISTERI kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah akhirnya bersuara selepas hampir empat tahun memendam rasa susulan persepsi yang mendakwa dia dan suaminya sudah menjalin hubungan sulit ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup.Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, menyangkal dakwaan kononnya suara lelaki di dalam sebuah video lama memaparkan dirinya sedang bermain golf adalah Shuib. Sebaliknya, Watie mengemukakan bukti bahawa individu terbabit merupakan rakan lelaki yang lain.Tegas Watie, dia dan Shuib sama sekali tidak pernah mengenali antara satu sama lain sewaktu arwah Siti Sarah masih ada.Individu yang menemani Watie ketika itu. "Setelah berumah tangga, mempunyai sebuah keluarga dan menjadi ibu kepada lima anak, sangat mengubah diri saya kerana ianya memberi erti yang sangat mendalam.“Kini saya tidak mampu lagi untuk menjadi insan yang hanya berdiam diri bila ianya melibatkan perasaan anak-anak saya dan juga melibatkan arwah ibu kepada anak-anak saya.“Kebenaran yang ingin saya katakan adalah, saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sejak dari arwah masih hidup,” katanya melalui satu hantaran di Instagram pada Ahad. Jelas Watie, dia terpaksa mengambil tindakan tersebut demi melindungi emosi lima cahaya matanya serta menjaga nama baik Siti Sarah. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib pilih berdiam diri hadapi kecaman netizen... “Allah tahu segalanya“ARTIKEL BERKAITAN: Ayash hidap autisme ringan sejak usia 3 tahun, Watie kongsi cabaran bantu perkembangan anak tiri“Saya rasa sudah tiba masanya untuk mempertahankan diri. Kerana saat ini ianya bukan lagi tentang saya seorang, tetapi melibatkan harta dunia akhirat saya iaitu anak-anak."Dulu walau apa sahaja tohmahan dan hinaan, saya terima dan tidak pernah ingin melawan apatah lagi membahaskan."Kerana tahu saya juga punya kekurangan, punya aib di masa lalu yang masih lagi Allah simpan," ujarnya. Dalam perkongsian sama, Watie turut meleraikan salah faham berhubung dakwaan yang mengaitkan Shuib dengan usahawan kontroversi, Eddy Kana.“Suami saya juga tidak pernah mengenali Eddy Kana walaupun sebelum itu mereka pernah dikaitkan dengan masalah yang sama.“Dan selepas saya mengenali suami yang bukan dari sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana adakah dia mengenali suami saya secara peribadi dan dari mulutnya sendiri, dia mengatakan tidak pernah mengenali dan tiada apa-apa hubungan bisnes dengan suami saya,” jelasnya.Watie mengenali Shuib selepas suaminya itu bergelar duda. Mengakui dirinya bukanlah insan yang sempurna dan mempunyai kisah silam tersendiri, Watie berharap penjelasan serta bukti yang dikemukakan dapat menamatkan segala fitnah yang berlarutan.Malah katanya, keputusannya untuk menjauhkan diri daripada kelompok rakan hiburan lama adalah satu pengorbanan demi membina mahligai perkahwinan yang diredai."Dengan memberi bukti ini bukan bermakna menunjukkan saya orang yang lebih baik atau suci, tetapi saya mengharapkan semoga selepas ini segalanya akan terhenti di sini. "Dan bukan bermakna Allah jauhkan saya dari teman lama kerana mereka tidak baik buat saya, tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan bersama teman-teman demi sebuah rumah tangga"Itu mungkin menjadi asbab untuk saham saya di akhirat kelak. Janganlah hanya memandang saya atau suami sahaja, tapi pandanglah anak-anak saya juga,” luahnya.