ANAK keempat hasil perkahwinan pelawak dan usahawan Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan disahkan menghidap autisme ringan sejak berusia tiga tahun.Perkara tersebut didedahkan oleh isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah menerusi satu hantaran video yang tular di platform Threads. Menurut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, dia mengetahui perkara tersebut selepas kanak-kanak berkenaan menjalani beberapa proses penilaian klinikal seperti yang disarankan oleh hospital."Ketika dia berumur tiga tahun, dia ada mild autism.Ayash merupakan anak bongsu hasil perkahwinan Shuib dan Siti Sarah. "Saya ada bawa Ayash pergi jumpa pakar yang memerlukannya untuk membuat penilaian sebelum disahkan penyakitnya."Ada suatu ketika itu, saya sedang lipat baju di bilik dan meminta dia untuk mengambil alat kawalan jauh televisyen, dia ambil tapi tindakannya berulang sambil ketawa," katanya. Dalam pada itu, Watie memberitahu dia perlu mengulangi kaedah serta rutin yang serupa setiap hari secara konsisten sebagai kaedah pembelajaran terhadap anak tirinya itu. "Susah juga masa mula-mula nak ajar dia. Kena buat benda yang sama, rutin yang sama setiap hari.ARTIKEL BERKAITAN: Shuib bawa Thalita santuni penduduk PPR, mahu anak belajar erti bersyukurARTIKEL BERKAITAN: Hutang Shuib tidak lagi cecah puluhan juta, berjaya bayar sebahagian dalam tempoh 2 bulan"Kita dalam sebulan itu, kita ajar hari-hari benda yang sama (untuk dia)," jelasnya.Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 selepas beberapa hari melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan. Selain Ayash, Shuib dan Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 15, Dzahira Talita Zahra, 13, dan Ariq Matin, 9. Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Bernama Akira Juwita pada April lalu.