PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menzahirkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga kepada suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana sudi memilih dirinya sebagai teman hidup biarpun sedar akan segala kekurangan pada dirinya.Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berjanji untuk menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan menjadi seorang isteri yang taat dan solehah. “Terima kasih kerana sudi memilih saya. Saya tahu saya tidak sempurna dan ramai lagi pilihan di luar sana.Ucapan Bella Astillah mencuit hati ramai tetamu dan peminat. “Tetapi saya insya-Allah akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang isteri yang taat dan solehah,” katanya kepada Syed Saddiq selepas majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu. Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq, 33, selamat melangsungkan pernikahan dengan sekali lafaz tepat pada pukul 10.41 pagi, Sabtu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.Majlis berkenaan disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil walikan bapa kandung Bella iaitu Awang Astillah Abdullah.Untuk rekod, pasangan merpati dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas sekian lama menjalin hubungan persahabatan yang akrab.ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Bella Astillah gembira dapat ‘ayah baharu’ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafazPernikahan ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada September 2016.Pasangan tersebut bagaimanapun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula, namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.Menerusi perkahwinan terdahulu itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6 tahun.