LUAHAN hati isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian apabila dia seperti memberi bayangan mengenai kecaman netizen susulan pelbagai khabar angin membabitkan dirinya dan suami, kebelakangan ini.Menerusi satu hantaran di Threads, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, meluahkan perasaan mengenai ujian yang sedang dihadapinya selain memilih untuk reda dan tidak membalas setiap kata negatif terhadap dirinya. Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci perkara yang dimaksudkan, Watie mengakui ada luka dan air mata yang terpaksa disembunyikan di sebalik senyuman.Luahan Watie jadi perhatian netizen."Aku memilih untuk ikhlas, ada luka yang tak mampu diceritakan, ada air mata yang memilih untuk disembunyikan, dan ada hati yang terpaksa belajar kuat meskipun berkali-kali disalah ertikan."Sedih itu ada, saat diri dipandang dengan prasangka, saat niat yang baik disalah erti, dan saat orang berbicara seolah-olah mereka tahu segalanya tentang diri ini."Namun aku belajar untuk tidak membalas setiap kata, tidak menjelaskan diri kepada setiap jiwa dan tidak memaksa semua orang untuk memahami siapa aku sebenarnya," katanya menerusi satu hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Watie tak berkira dengan pembantu rumah, siap belikan makan dan barangan peribadi... “Nak cari jujur amanah itu yang payah”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib selamat bersalin bayi perempuanTambah Watie, dia memilih untuk berdiam diri dan memaafkan kerana percaya bahawa Allah mengetahui segala yang tersembunyi, termasuk niat sebenar di sebalik setiap tindakannya."Kerana aku tahu, tidak semua orang akan melihat kita dengan hati yang baik dan tidak semua kebaikan akan dibalas dengan sangkaan yang baik. "Aku memilih untuk diam bukan kerana aku kalah, aku memilih memaafkan bukan kerana aku tidak terluka, dan aku memilih untuk ikhlas bukan kerana semuanya mudah diterima. Aku tidak meminta semua orang menyukaiku.WATIE HANIFIAHISTERI SHUIB"Tetapi kerana aku percaya, Allah mengetahui segalanya dan segala apa yang tersembunyi di sebalik setiap niat. Allah melihat air mata yang tidak pernah jatuh di hadapan manusia dan Allah tahu kebenaran yang tidak mampu aku jelaskan dengan kata-kata."Jika ini adalah jalan yang telah Allah tetapkan untukku, maka aku belajar untuk menerimanya dengan hati yang reda. Aku serahkan segalanya yang tidak mampu aku kawal kepada-Nya," tulisnya.Dalam masa sama, Watie turut berharap agar Allah terus memberikan ketenangan dan kekuatan buat dirinya dalam menghadapi setiap dugaan.Watie reda dengan setiap ujian yang mendatang.Malah, dia turut menitipkan doa agar hati dan diri anak-anaknya sentiasa berada dalam lindungan Allah."Aku tidak meminta semua orang menyukaiku. Aku cuma berdoa agar hatiku tidak menjadi keras hanya kerana pernah dilukai manusia."Semoga Allah menjaga hatiku, membersihkan niatku, mengampuni kekuranganku, dan mengurniakan ketenangan dalam setiap ujian.Watie mohon kekuatan berdepan ujian hidup."Dan aku mohon semoga hati dan diri anak-anak aku sentiasa di bawah lindunganMu, kerana pada akhirnya, aku tidak perlu menang di mata manusia. Cukuplah aku tidak kehilangan keluargaku dan Allah dalam setiap langkahku," kongsinya.Sebelum ini, kemelut membabitkan kumpulan Sepah yang dianggotai Jep, Shuib dan Mamat kembali menjadi bualan hangat apabila mereka didakwa sudah tidak sehaluan sejak 2014.Susulan itu, netizen turut mengungkit pelbagai kisah lama membabitkan Shuib dan Watie sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.