ISTERI kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah menerima pujian netizen selepas mendedahkan dia tidak berkira soal kebajikan termasuklah menyediakan keperluan harian untuk pembantu rumahnya.Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, pembantu rumahnya diberikan kebebasan untuk menikmati apa sahaja makanan dan boleh memesan hidangan mengikut selera sendiri apabila mereka keluar bersama. "Dia boleh makan apa sahaja, walaupun waktu keluar berjalan dia boleh pesan ikut selera dia. Walaupun di rumah kita makan beras mahal, dia pun sama.Hantaran Watie di Threads. "Syampu, tuala wanita dan barangan keperluan peribadinya semua kita belikan. "Walaupun dia tiba-tiba teringin makanan dalam aplikasi Grab pun kita belikan, tiada masalah,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.Dalam pada itu, Watie berkata dia tidak berkira membayar gaji sebanyak RM1,800 sebulan meskipun hasil kerja yang dilakukan pembantu itu kadangkala tidak sempurna.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib selamat bersalin bayi perempuanARTIKEL BERKAITAN: Shuib, Watie bakal timang anak perempuan… Dijangka bersalin April depanDalam hal ini, Watie mengakui sikap jujur dan amanah yang ditunjukkan oleh pembantu rumah adalah lebih bernilai berbanding perkara lain."Gaji RM1,800 walaupun mereka buat kerja tak la bagus mana, tetapi nak cari pembantu rumah yang jenis jujur dan amanah itu yang payah.“Insya-Allah, kita layan baik-baik, Allah pasti balas juga yang baik-baik,” ujarnya.Watie bersyukur mendapat pembantu rumah yang amanah. Watie berkongsi perkara itu menerusi satu balasan komen di hantaran Threads seorang pengguna yang bertanyakan cara majikan membahagikan urusan makan minum serta keperluan asas pembantu rumah.Respon balas Watie tersebut menerima pujian netizen kerana tidak berkira dan menganggap pembantunya itu merupakan seorang yang bertuah mempunyai majikan yang baik hati.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube