PELAKON Elisya Sandha tampil membidas tindakan segelintir netizen di platform Threads yang mahu memboikot drama lakonannya iaitu Madu Atau Racun kerana mempunyai babak suka sesama jantina. Bukan hanya itu, netizen turut mengheret nama ibu mertuanya yang juga penerbit dan pelakon Sheila Rusly dalam perkara tersebut kerana dikatakan tidak memberi nasihat kepada Elisya. Tampil mempertahankan Sheila, Elisya atau nama sebenarnya Elisya Sandha Hassan, 27, menegaskan bahawa ibu mertuanya itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penglibatan dirinya dalam naskhah berkenaan.Hantaran Elisya di halaman Threads. "Tolong jangan libatkan ibu mertua saya. Drama siri ini langsung tidak ada kaitan dengan beliau, jadi saya hargai jika anda boleh tidak membawa keluarga saya dalam isu ini.“Anda boleh cakap apa sahaja tentang saya atau siri ini, tetapi tolong jangan kaitkan keluarga saya. "Itu adalah batas yang saya sangat tegas dan mahu anda hormati. Jangan kecil hati, cuma tolong jangan melepasi garisan itu, terima kasih," katanya melalui satu hantaran balas di Threads pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: “Anak menantu kita memang selalu all out!“ - Sheila Rusly bangga lakonan Elisya Sandha dipujiARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sokong kakak ‘mengamuk‘ isu pelakon datang lambat ke setIsu berkenaan mula tercetus selepas ada hantaran di media sosial mendesak orang ramai memboikot drama tersebut berikutan ia ada meletakkan babak yang didakwa menggambarkan kecenderungan suka sesama jantina.Dalam pada itu, menerusi hantaran berasingan, Elisya memohon agar penonton menyaksikan naskhah tersebut sehingga ke pengakhirannya sebelum membuat sebarang andaian melulu.Kata Elisya, jalan cerita yang ditunjukkan mengandungi pengajaran serta iktibar yang boleh membuka pandangan lain penonton. Antara babak kontroversi yang mengundang kecaman. “Banyak benda yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar daripada cerita ini. Mungkin sekarang kita belum nampak keseluruhan mesejnya."Percaya cakap saya, kena tengok sampai habis kerana sesebuah cerita itu lebih daripada sekadar penceritaan.“Ia boleh membuatkan orang berfikir, membuka mata dan mengubah cara kita melihat sesuatu perkara. Siapa tahu mungkin cerita ini juga boleh mengubah perspektif atau kehidupan seseorang,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube