suria

Hari ke-18: Hutan, bukit, gua semua dah diredah… “ Di mana Acap ni, kami dah tak larat”

Pencarian yang bermula dari Bukit Batu Putih, Gua Tempurung, Gua Kandu dan kawasan sekitarnya sehinggalah laluan ke lebuh raya turut diselusuri pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

HAMPIR keseluruhan lokasi panas peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan yang dipercayai 'ghaib' sudah dijejaki tetapi kehilangan jejaka itu kekal misteri.

Pencarian yang bermula dari Bukit Batu Putih, Gua Tempurung, Gua Kandu dan kawasan sekitarnya sehinggalah laluan ke lebuh raya turut diselusuri pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Bukan sekadar anggota beruniform yang turun padang malah sukarelawan, individu mahupun kumpulan yang mendakwa mampu menyelesaikan misteri kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap gagal meleraikan teka-teki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara 'sini sini' tepi highway - "Naluri saya... 60 peratus dialah"
ARTIKEL BERKAITAN: “Bawah terowong, dekat telco...” - Sukarelawan dedah isyarat 'handphone' Acap dikesan kali terakhir

Anuar Yahya, salah seorang sukarelawan yang menyertai operasi SAR sejak hari pertama menyifatkan pencarian tersebut sebagai amat rumit.

Acap dipercayai hilang sejak 23 Mac lalu.

“Saya dan sembilan lagi rakan yang lain sudah buntu. Pencarian sudah dilakukan di hampir semua lokasi hotspot tetapi tiada sebarang petunjuk.

“Pencarian ini agak rumit... penuh tanda tanya. Jejak dia tak ada, kami hanya bergantung dengan isyarat telco semata-mata,” katanya kepada mStar Online pada Isnin, hari ke-18 kehilangan Acap.

Jelas Anuar, pencarian mereka bertumpu di sekitar lebuh raya kerana khuatir Acap menggunakan laluan tersebut untuk sampai ke garisan penamat.

Macam-macam cerita. Ada orang kata dia mungkin cedera akibat terjatuh… ada juga kata dia kena peluk dengan jin bersayap (sang kelembai).

ANUAR YAHYA

“Boleh jadi dia masuk highway sebab dia peserta terawal… nombor lapan terawal. Laluan highway (Plus) itu boleh tembus Gopeng.

“Kiranya kawasan 8di bawah terowong dekat telco memang boleh menuju ke highway… ke sungai dan kawasan berpaya. Last orang jumpa dia masa dekat terowong,” katanya.

Bagaimanapun sukarelawan berusia 42 tahun itu berkata segenap hutan di sekitar lebuh raya sudah diredah, hanya kawasan berpaya sahaja yang belum sempat diselusuri.

“Kami dah redah belukar cuma kawasan berpaya sahaja yang belum. Memang banyak pokok-pokok besar dan tebing curam, semua kami dah masuk.

“Tapi memang tak jumpa dia. Jadi kami minta siapa yang ada kebolehan (melihat entiti atau makhluk halus) untuk turun tengok keadaan di sana,” katanya.

Pada masa sama, Anuar yakin Acap tidak akan tersesat kerana dia pernah menyertai larian tersebut sebelum ini.

Sebahagian sukarelawan misi pencarian itu.

“Saya tak fikir dia boleh sesat sebab ini bukan kali pertama dia join Gopeng Ultra Trail.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Group Ultra. Jadi mustahil itu berlaku,” katanya.

Anuar yang berasal dari Pahang berkata walaupun pelbagai teori dikaitkan dengan kehilangan Acap, dia enggan membuat sebarang andaian berhubung kisah misteri itu.

Bunyi aneh itu dirakam semasa pencarian di lokasi 1 berdekatan dengan highway.

“Macam-macam cerita. Ada orang kata dia mungkin cedera akibat terjatuh… ada juga kata dia kena peluk dengan jin bersayap (sang kelembai).

“Namun tiada siapa yang boleh sahkan semua teori itu. Jadi tak boleh komen apa-apa. Ramai orang suruh buat macam-macam dekat sana tapi kami semua dah tak larat.

“Insya-Allah kami akan buat carian semula di sana nanti tapi tak pasti lagi hari apa,” katanya yang baharu sahaja selesai melakukan pencarian di sekitar lokasi tersebut, malam Isnin.

Hari ini genap 18 hari kehilangan Acap. Marilah kita berdoa agar Acap selamat dan Allah memberi sedikit petunjuk kepada pasukan SAR supaya misteri ini segera terungkai.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain