suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Baby kembar, ya Allah sayang ya” - Aliff Syukri akur kejutan tak menjadi, isteri alami pendarahan

Nur Shahida disahkan hamil bayi kembar.

ISTERI usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan yang memberi risiko kepada kandungannya.

Perkara itu dikongsi Aliff Syukri menerusi satu posting di Instagramnya pada malam Selasa.

Menurut Aliff Syukri, selepas pemeriksaan imbasan doktor mengesahkan isterinya hamil bayi kembar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Rajin upload dalam media sosial akhirnya makan diri Aliff Syukri"

ARTIKEL BERKAITAN: Kes dera anak, JKM cari Aliff Syukri di pejabat

"Impian yang tak tercapai. Tolong doakan kandungan isteri saya selamat. Dugaan 2 Ramadan," katanya.

Jelas Aliff Syukri dia bertindak merahsiakan kehamilan isterinya kerana mahu membuat kejutan kepada orang ramai.

Aliff Syukri dan Nur Shahida sudah dikurniakan empat cahaya mata. Foto IG Aliff Syukri

"Namun dugaan mungkin tertekan dengan keadaan semasa baru-baru ini di mana banyak pihak membesar-besarkan dan mungkin sebab itu berlaku pendarahan yang agak banyak.

"Bila scan pula doktor beritahu baby kembar. Ya Allah sayang ya," katanya.

Impian yang tak tercapai. Tolong doakan kandungan isteri saya selamat. Dugaan 2 Ramadan.

DATUK ALIFF SYUKRI.

Usahawan kosmetik.

Namun Aliff Syukri turut meminta doa orang ramai agar kandungan isterinya selamat.

"Mudah-mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat. Doakan ya semua sahabat Instagram (IG) dan Faceboook.

"Mudahan dipermudahkan segala urusan. Doa kalian amat saya hargai," katanya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida sudah dikurniakan empat anak termasuk seorang anak angkat yang diberi nama Ameena.

Artikel Lain