suria

“Panggil ‘sayang’ tambah RM1” - Lelaki ini tak sangka servis kejut sahur laris, sesuai untuk yang keseorangan

Servis kejut sahur yang diiklankan pemuda ini menjadi tular di laman Twitter sebelum mendapat permintaan tinggi.

PASTI ada dalam kalangan kita yang pernah 'terbabas' tidur sehingga terlepas untuk bersahur.

Senario itu sememangnya sudah biasa berlaku, tambah-tambah lagi untuk mereka yang bujang dan hidup bersendirian.

Lantaran itu, seorang pemuda mencuri tumpuan ramai di laman Twitter apabila dia mengiklankan 'servis kejut sahur' sehingga menerima lebih 26,000 ulang kicau (Retweet).

Menurut Muhammad Latiff Azmi, dia terkejut dengan respon yang diterimanya di platform media sosial itu.

"Dalam tempoh 24 jam, saya terima lebih 500 permintaan dari warga Twitter. Saya memang terperanjat sebab ramai yang mesej.

"Tak sangka viral, tapi saya ambil untuk lima kawan saya sahaja. Kalau ramai sangat, tak mampu nak call semua," ujar pemuda berusia 22 tahun itu ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Selain kejut sahur, saya juga borak-borak dalam lima minit, bagi mereka segar sikit. Sebab takut ada yang tidur balik lepas kejut.

MUHAMMAD LATIFF AZMI

Mesra disapa Atip, dia membuat posting itu pada Ahad, sehari sebelum umat Islam di negara ini menunaikan ibadah puasa.

Menerusi posting itu, Atip menyenaraikan harga untuk perkhidmatan berkenaan yang mana untuk sehari, dia mengenakan bayaran serendah RM2.

Pakej seminggu berharga RM10 dan dia turut mengenakan caj tambahan RM1 untuk Add on panggilan 'sayang'.

Paparan skrin posting Atip yang tular di Twitter.

"Sebab ambil lima orang sahaja, hari pertama puasa saya dah dapat sekitar RM50. Saya letak syarat, dua kali call sahaja, Alhamdulillah pagi ni mereka semua angkat.

"Selain kejut sahur, saya juga borak-borak dalam lima minit, bagi mereka segar sikit. Sebab takut ada yang tidur balik selepas kejut.

"Dalam ramai-ramai yang mesej, yang minta Add on 'sayang' pun ada tapi saya tak terima sebab lelaki. Mungkin yang itu nanti saya call cakap lebih lembut sikit kot. Kawan yang lima orang tu ambil yang biasa sahaja," ujarnya berseloroh.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Setakat ini Atip hanya melakukan servis itu untuk lima sahabatnya sahaja, tetapi mengaku terkejut dengan permintaan tinggi diterimanya di Twitter.

Malah, mereka turut memuji kreativiti petugas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu yang bijak mencari pendapatan tambahan di bulan Ramadan.

"Bagus otak you ni. Otak business. Semoga menjadi businessman berjaya suatu hari nanti amin," tulis @nrmrdn.

"Terbaik ar.. Dapat juga buat amal sekurang-kurangnya.. Saling memahami dan tolong menolong," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sahur, Ramadan, puasa, servis, kejut

Artikel Lain