suria

Anak lari ketakutan dari bilik air sebab kening botak sebelah, ibu tak tahu nak gelak atau marah - “Dia asyik menangis, nak pergi sekolah tapi malu”

Kanak-kanak berusia enam tahun ini mencukur keningnya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri.

BAYANGKAN hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya, tapi kening hilang sebelah!

Itulah yang terpaksa dihadapi Nur Auni Saffiya Kameri yang berusia enam tahun apabila sifat ingin tahu akhirnya memberi pengajaran dalam dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Giliran mak pula buat prank anak! Reaksi jujur si cilik mencebik kantoikan ibu, buat ramai pecah perut - “Kalau tidur je mulut dia diam”

ARTIKEL BERKAITAN :Takut maskot ‘balas dendam’, kanak-kanak ini lari ketakutan peluk mak orang lain - “Mula-mula dia acah berani”

Berkongsi kisah ini dengan mStar ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Farhana Kathan, 25, berkata kejadian berlaku dua minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini apabila anaknya itu sedang mandi bersendirian.

"Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ya kejap, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air lari dengan muka pucat ketakutan," ceritanya yang menetap di Melaka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Nur Farhana yang juga seorang suri rumah, anaknya itu rupa-rupanya berjaya memanjat mangkuk tandas di bilik air untuk mengambil pisau cukur milik bapanya serta mencukur licin kening sebelah kiri.

"Bila saya tengok, Ya Allah Auni, terkejut sebab kening sebelah kiri memang habis kena cukur, saya tak tahu nak gelak ke nak menangis.

"Saya ada tanya dia kenapa dia cukur kening tapi dia jawab tak tahu, memang dia tak nak beritahu kenapa.

"Saya cakap dekat dia tengok apa dah jadi bulu kening dah hilang, awak tu perempuan, lepas tu dia menangis, terus saya tak jadi nak marah," katanya.



Nur Auni Saffiya (depan, kanan) mencukur keningnya dua minggu sebelum Aidilfitri.

Menurut Nur Farhana keadaan keningnya yang 'botak' itu menyebabkan anaknya berasa malu untuk ke sekolah atau keluar bermain bersama rakan-rakannya.

"Dia nak pergi sekolah tapi malu, jadi dia asyik menangis je sampai saya dah tak tahu nak pujuk macam mana. Saya beritahu cikgu, dia segan takut kena ejek kemudian cikgu suruh lukis kening dia.

"Bila saya dah lukis kening baru dia senyum dan nak pergi sekolah tapi dia tak sedar bila balik sekolah selalunya kening saya lukis tu dah hilang, nasib baik juga kawan dia tak ejek.

"Dekat rumah, dia tak nak keluar walau depan rumah sebab malu... dia tengok je kawan-kawan main melalui tingkap. Lepas tu dia tengok cermin sambil menangis cakap nak kening dia balik," katanya.



Nur Auni Safiyya hanya ingin ke sekolah setelah keningnya dilukis.

Menyesali perbuatannya serta-merta, Nur Farhana berkata anaknya berjanji untuk tidak bermain dengan barangan tajam lagi.

"Lepas hilang kening ni dia menyesal, katanya tak nak main benda tajam lagi sebab nak keluar rumah pun dia malu.

"Memang murung betul dia sepanjang kening dia tak ada tu," katanya.

Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab 'ya kejap', lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air dia lari dengan muka pucat ketakutan.

NUR FARHANA KATHAN

IBU

Menurut Nur Farhana kening anaknya kini telah tumbuh semula seperti sediakala selepas lebih kurang sebulan.

"Mula-mula tu saya letak Vaseline, menjadi juga... dalam seminggu dah nampak bulu-bulu halus tumbuh, mula-mula risau juga ingat kening dia dah tak akan tumbuh lagi," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain