suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julia Farhana dah ‘free hair’? Pergi salon buat kening tak pakai tudung

Julia berkongsi video tidak lagi memakai tudung.

PENAMPILAN terbaharu pelakon Julia Farhana mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat tidak lagi memakai hijab.

Menerusi perkongsian semula di Instagram miliknya, Julia atau Julia Farhana Marin, 32, hadir melakukan rawatan kening di sebuah salon kecantikan tanpa memakai tudung.

Malah, dia secara ringkas menulis rawatan tersebut sentiasa menjadi pilihannya sebagai tanda promosi perniagaan berkenaan.

"Always my go-to," tulisnya ringkas.

Penampilan terbaharu Julia mencuri tumpuan. 

Sementara itu, menerusi satu perkongsian berbeza, seorang individu turut memuat naik gambar menikmati makan malam bersama Julia sempena meraikan ulang tahun kelahiran aktres berkenaan.

Julia kelihatan mengenakan baju yang sama seperti dipakainya ketika ke salon tersebut sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Che Hafiz buka mulut jawab spekulasi rumah tangga dengan Julia Farhana… “Biasalah ada pasang surut” 

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dicop sombong, Julia Farhana tak boleh puaskan hati semua orang

Untuk rekod, pelakon ini mula tampil berhijab sekitar tahun 2023 selepas berkahwin dengan Dr Che Hafiz.

Dalam temu bual bersama media, Julia memberitahu keputusan untuk berhijab berlaku secara spontan selepas dia memakai tudung bagi menghadiri sebuah acara keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain