suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reen Rahim sokong program TTMM, peluang Gen Z kembangkan bakat... “Dunia dah berubah”

Reen mohon bakat-bakat generasi muda diberikan peluang untuk terus berkembang.

PELAKON Reen Rahim meminta orang ramai tidak memandang rendah kemampuan peserta program realiti Talk To My Manager (TTMM) kerana menyifatkan generasi muda mempunyai potensi besar dalam industri hiburan.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, berkata Gen Z hari ini bukan sahaja bijak, malah lebih kreatif serta cepat mempelajari sesuatu yang baharu. 

Justeru itu, memberikan ruang secukupnya amat penting bagi memastikan bakat mereka itu dapat berkembang dengan baik.

"Jangan pandang rendah Gen Z, mereka ini bijak, kreatif dan cepat belajar benda baru. 

Perkongsian Reen yang dimuat naik di Threads miliknya.

Perkongsian Reen yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Kadang bukan tak boleh cuma tak diberi peluang, kepercayaan dan ruang untuk berkembang. Bagus gila program ini

"Bila cukup semua itu mereka boleh berkembang jadi luar biasa," katanya. 

Reen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Reen turut menegaskan bahawa pendekatan lama dalam mendidik atau mengurus bakat perlu diubah seiring perubahan zaman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Penat tengok kisah penyondol” - Reen Rahim rindu drama penuh nilai

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim terbuka hati berhijab selepas pulang umrah

Menurut pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini lagi, sikap terlalu mengawal atau berpegang kepada pengalaman semata-mata tanpa memberi ruang kepada idea baharu boleh membantutkan perkembangan generasi muda.

"Berhenti turunkan trauma, ego dan cara didik lama yang asyik 'aku makan garam dulu'. 

"Dunia dah berubah. Kalau masih nak kawal semua benda, sila jadi dinosaur. 

Reen mengikuti program TTMM2.

Reen mengikuti program TTMM2.

"Budak-budak ni bukan lemah cuma perlukan kasih sayang, disiplin, sokongan dan orang yang percaya pada potensi mereka," ujarnya. 

Dalam masa sama, Reen turut berkongsi keterujaannya terhadap beberapa peserta TTMM antaranya Cik B serta Anggrek yang menurutnya mempunyai aura dan daya tarikan tersendiri.

"Cik B kita nak masuk kelab peminat Cik B, tolonglah kita suka vibes Cik B. 

"Ya Allah budak-budak TTMM, saya peminat Cik B dan Anggrek," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain